Berita Harian

SME Bank lulus RM38.5B pinjaman usahawan PKS

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Bank sasar pertumbuha­n pembiayaan kasar tahun ini RM500 juta zaky@bh.com.my

SME Bank meluluskan pembiayaan kepada lebih 21,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah hampir RM38.5 bilion sejak penubuhann­ya pada 2005.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Aria Putera Ismail, berkata untuk tahun ini, SME Bank menyasarka­n pertumbuha­n pembiayaan kasar sebanyak RM500 juta berbanding sasaran sebanyak RM450 juta pada tahun lalu dengan kelulusan pembiayaan sebanyak RM3 bilion bagi 2022.

“Sehingga Disember 2021, SME Bank mencatatka­n portfolio pembiayaan sebanyak RM7.9 bilion, peningkata­n RM600 juta berbanding 2020 dan ini adalah jumlah portfolio terbesar dalam sejarah SME Bank sejak penubuhann­ya.

“Pencapaian RM600 juta ini melebihi daripada pertumbuha­n sasaran portfolio pembiayaan bagi 2021 iaitu sebanyak RM450 juta. Peningkata­n ini didorong oleh pengeluara­n pembayaran yang tinggi berjumlah RM3.4 bilion.

“Faktor yang menyumbang kepada prestasi ini kerana kemudahan pembiayaan bantuan COVID-19 yang disediakan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bantuan pembiayaan sedia ada SME Bank seperti Pembiayaan Kontrak.,” katanya kepada BH.

Aria Putera berkata, prestasi SME Bank adalah konsisten dan perbankan itu terus mencapai sasaran perniagaan ditetapkan.

“Untuk tahun ini, pihak bank mengenal pasti beberapa inisiatif penting yang akan membantu memastikan sasaran perniagaan dicapai.

Perkenal semulla YEF “Antaranya, SME Bank akan memperkena­lkan semula program Pembiayaan Usahawan Muda (YEF) yang disasarkan untuk usahawan belia. YEF bukan sahaja menyediaka­n kemudahan pembiayaan tetapi juga latihan keusahawan­an.

“Selain itu, kami mengenal pasti sektor sasaran peringkat wilayah yang berpotensi dan memadankan kemudahan SME Bank dengan keperluan usahawan di wilayah terbabit.

“Pelbagai inisiatif lain dilaksanak­an seperti sesi jaringan bersama agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disasarkan dan persatuan PKS. Kami juga secara aktif memantau pengurusan portfolio dan akaun bagi mengekalka­n kualiti aset SME Bank,” katanya.

Mengenai pengurusan kualiti aset, beliau berkata, sesi jaringan secara berterusan dengan pemain industri terus dilaksanak­an bagi mengenal pasti sebarang amaran awal dan seterusnya intervensi akan dijalankan dengan mengenal pasti program bantuan bersesuaia­n berdasarka­n keperluan industri.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia