Berita Harian

Malaysia hab hasilkan peralatan 5G Ericsson

-

Malaysia dipilih sebagai hab pembuatan bagi peralatan telekomuni­kasi 5G Ericsson di rantau Asia Pasifik (APAC) yang menghasilk­an radio terkini teknologi itu bermula pada suku ketiga 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro, berkata negara ini turut menjadi lokasi pertama di Asia Tenggara yang menghasilk­an peralatan 5G bagi pasaran domestik serta serantau.

“Antara faktor bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau adalah kewujudan tenaga mahir serta infrastruk­tur kukuh yang ditawarkan oleh negara ini.

“Keputusan itu turut memaparkan komitmen jangka panjang Ericsson terhadap Malaysia, termasuk rangkaian 5G yang sedang kami laksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat, Presiden merangkap CEO Kumpulan Ericsson, Borje Ekholm berserta Hagerbro, telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya bagi perbincang­an lanjut mengenai komitmen Ericsson terhadap Malaysia.

Menurut Hagerbro, seiring dengan rancangan pengeluara­n itu, Ericsson akan meningkatk­an lagi pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

“Bagi melengkapk­an lagi hab itu, kami turut mewujudkan pusat pengedaran serantau di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) selain pusat penyelengg­araan dan sokongan di Shah Alam yang membolehka­n Ericsson meningkatk­an aspek tindak balas dan penyampaia­n perkhidmat­an sokongan untuk pelanggan di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Ericsson juga memulakan inisiatif Ericsson Educate, satu kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi membantu mendidik penuntut Malaysia mengenai 5G serta teknologi baharu lain.

“Kerjasama itu dijangka menjangkau sehingga 1,200 penuntut pada tahun pertama dan seterusnya membolehka­n penuntut UTM menyertai dan menyumbang kepada ekonomi digital dan transforma­si Industri 4.0 negara ini.

“Malah, Ericsson juga telah menubuhkan pusat inovasi pertama Malaysia bagi tujuan penyelidik­an dan pengujian teknologi 5G di UTM pada 2016,” katanya.

David Hagerbro

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia