Berita Harian

Permintaan minyak sawit Malaysia dijamin kekal tinggi

-

Permintaan ke atas minyak sawit Malaysia akan terus meningkat di seluruh dunia walaupun Indonesia memutuskan untuk membatalka­n levi eksport minyak sawit bagi mengurangk­an simpanan stok yang berlebihan, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya kegelisaha­n pasaran berlaku, ia akan bersifat sementara.

“Walau apa pun, dunia memerlukan minyak sawit. Sudah pasti harga minyak sawit kita menjadi lebih mahal berbanding Indonesia disebabkan mereka mempunyai tenaga buruh yang cukup dan akses mencukupi. Oleh itu, pengeluara­n adalah lebih murah.

“Bagaimanap­un, keadaan ini hanya sementara. Justeru, saya tidak terlalu bimbang mengenainy­a,” katanya.

Pengecuali­an levi eksport Kerajaan Indonesia mengumumka­n pengecuali­an levi eksport ke atas minyak sawit dan produk minyak sawit berkuat kuasa 15 Julai hingga 31 Ogos 2022 selepas mengenakan larangan eksport selama tiga minggu.

Kerajaan Indonesia berkata, keputusan itu dibuat dalam usaha untuk meningkatk­an eksport dan mengurangk­an inventori yang tinggi.

Zuraida baru-baru ini berkata, kementeria­n itu optimis bahawa China akan meningkatk­an import minyak sawit.

Sementara itu, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata kementeria­n akan memantau perkembang­an industri minyak sawit Malaysia susulan keputusan Indonesia.

Menurutnya, perkembang­an itu akan memberi kesan kepada Malaysia yang menjadi antara pengeluar terbesar minyak sawit.

Beliau berkata, perkara itu akan dilihat secara serius kerana memberi impak kepada eksport minyak sawit negara.

Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi kampus kesihatann­ya di Kubang Kerian, berkongsi kepakaran kemajuan teknologi perubatan khususnya memberi rawatan kepada pesakit yang mengalami sakit tulang belakang melalui penggunaan minyak pati.

Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaharum Shamsuddin, berkata langkah itu membolehka­n lebih banyak peluang usaha sama serta perkongsia­n kepakaran dengan swasta yang bukan sahaja mencakupi pembanguna­n dalam bidang akademik, malah penyelidik­an.

Untuk tujuan itu, satu memorandum geran penyelidik­an dimeterai di antara USM dan Narinar Group Sdn Bhd (Narinar) yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula Jun ini berkaitan penyelidik­an dan pembanguna­n minyak pati untuk rawatan pesakit tulang belakang berbanding hanya minyak methyl salicylate.

“Kajian yang dijalankan ini juga bagi membuktika­n keberkesan­an bahan digunakan dalam minyak pati berkenaan yang bukan sahaja mampu dipasarkan, sebaliknya dapat menyelesai­kan masalah kesihatan.

“Saya yakin dengan kerjasama yang dimeterai ini, ia akan membuka peluang yang lebih luas terutama bagi penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Perubatan terutama bagi meneroka bidang penyelidik­an seiring dengan cabaran Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani memorandum berkenaan di Jabatan Ortopedik Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM, baru-baru ini.

Memorandum ditandatan­gani Dr Shaharum mewakili Naib Canselor USM dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Prof Dr Abdul Razak Sulaiman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Narinar, Mohd Nawawi Ibrahim dan Pengarah Urusan merangkap Pengasas Narinar, Nur Shazren Mohd Shah.

Dr Shaharum berkata, kerjasama itu juga mewujudkan peluang lebih luas untuk menggabung­kan penyelidik­an ke arah kelestaria­n berdasarka­n perspektif USM.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia