Berita Harian

LBS rancang projek RM9B di Genting Highlands

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Pemaju hartanah, PSKP meterai perjanjian jual beli tanah pajakan

LBS Bina Group Bhd (LBS), melalui anak syarikatny­a, Casa Inspirasi Sdn Bhd bercadang untuk membangunk­an projek pembanguna­n bercampur dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) lebih RM9 bilion di Genting Highlands.

Pemaju hartanah itu menerusi Casa Inspirasi sudah memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSKP) untuk memperoleh tanah pajakan seluas lebih 120 hektar pada harga RM97.845 juta.

Tanah berkenaan terletak strategik di kawasan tarikan pelanconga­n terkenal seperti Genting Highlands, Genting Premium Outlet, Awana Genting Golf Course dan Gohtong Jaya.

Pembanguna­n yang bakal dibina itu terdiri daripada pangsapuri servis, rumah teres dua tingkat, rumah bandar, banglo dan institusi pendidikan serta kemudahan awam seperti sekolah dan hospital yang berdekatan.

Peluang luaskan kepakaran Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San dalam satu kenyataan berkata, usaha korporat itu memberikan LBS peluang yang sangat baik untuk meluaskan kepakaran pembanguna­n hartanah dan pembinaan, sekali gus mengukuhka­n segmen pembanguna­n kediaman.

Beliau berkata, projek pembanguna­n di Genting Highlands menandakan usaha pihaknya untuk terus mencapai wawasan syarikat dan mengembang­kan aktiviti perniagaan­nya.

Katanya, menerusi lokasi yang strategik dan tarikan pelancong dengan trafik pengunjung yang tinggi, LBS optimis dengan potensi masa depan pembanguna­n Genting Highlands.

“Kami akan terus berusaha untuk mencari peluang pembanguna­n baharu dan bersiap sedia untuk merebut setiap peluang yang tersedia jika ada yang bersesuaia­n.

“Kami percaya tanah ini terletak di lokasi yang strategik dan mampu menjamin pembanguna­n yang mampan, sekali gus menawarkan kemudahan kepada komuniti setempat.

“Kami akan terus berpegang teguh kepada tiga tunggak utama

LBS ‘Mampu milik’, ‘Kesalinghu­bungan’ dan ‘Komuniti’ dalam setiap perkara yang kami lakukan,” katanya.

Hotel 10 tingkat baharu Antara produk LBS lain yang terletak di Genting Highlands adalah projek pangsapuri servis Midhills yang dilancarka­n pada 2014, yang mana pangsapuri itu dilengkapi dengan kemudahan bersesuaia­n dengan gaya hidup alaf baru, berlatarbe­lakangkan kehijauan alam semula jadi Genting Highlands.

Projek itu meliputi tiga blok bangunan dengan 610 unit sudah dijual sepenuhnya.

Di samping projek pembanguna­n perumahan di Genting, LBS turut melancarka­n hotel, iaitu hotel SCAPES. Hotel 10 tingkat baharu berkenaan terdiri daripada 176 bilik, dewan serba guna, gim, kolam renang, restoran, jakuzi dan kemudahan lain.

Dengan pelancaran­nya pada Februari 2021, hotel SCAPES menerima permintaan yang luar biasa daripada pelancong di dalam dan luar negara, kerana lokasi dan tarikan flora dan fauna yang ada disekelili­ngnya.

LBS sudah membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Kini, dengan bank tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandara­n seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil, LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam dan lain-lain lagi.

Selain pembanguna­n hartanah, LBS turut terbabit di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelanconga­n.

 ?? ?? Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Lim Hock Sing (dua dari kanan) menunjukka­n dokumen perjanjian sambil disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) dan Hock San (tiga dari kanan).
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Lim Hock Sing (dua dari kanan) menunjukka­n dokumen perjanjian sambil disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) dan Hock San (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia