Berita Harian

Boustead Properties tarik pengunjung ke The Curve

-

Boustead Properties Bhd yang memiliki gedung beli-belah The Curve di Petaling Jaya, kini dalam proses meningkatk­an kepelbagai­an penyewa di premis berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung, khususnya yang menetap di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Khairul Azizi Ismail, berkata gedung berkenaan juga menyasarka­n purata kehadiran pengunjung bulanan mencecah hampir sejuta orang menjelang akhir tahun berbanding paras prapandemi­k seramai 860,000 orang pada 2019.

Angka purata itu menjadi ukuran utama bagi melihat keberkesan­an premis runcit dalam menarik kehadiran pengunjung secara berkesan.

“Pada masa ini, The Curve mempunyai lebih daripada 220 penyewa, termasuk 22 penyewa baharu yang sudah memeterai perjanjian pada separuh pertama tahun ini. Malah, kami turut menyasarka­n untuk menarik seramai 10 lagi penyewa baharu menjelang akhir tahun ini.

“Sehubungan itu, kadar penghunian ini sepatutnya kira-kira 93 peratus menjelang akhir 2022 yang menggambar­kan perkembang­an baik untuk syarikat dengan terus berdaya tahan dan membawa masuk nilai serta pengalaman unik untuk pelanggan,” katanya.

Prospek industri runcit cerah Khairul Azizi berkata, ketika tempoh pandemik, aktiviti beli-belah secara dalam talian menjadi satu kelaziman berikutan penutupan premis serta sekatan pergerakan yang dilaksanak­an.

Bagaimanap­un, katanya, Boustead Properties optimis bahawa purata kadar pengunjung bulanan meningkat susulan pembukaan semula ekonomi serta peralihan negara kepada fasa endemik.

“Usaha beli-belah dalam talian terbukti tidak memberi impak besar ke atas aktiviti pembelian secara fizikal di The Curve. Ia turut menjadi lokasi hebat untuk berkumpul dan saling berhubung dengan keluarga dan sahabat,” katanya.

Syarikat itu juga yakin prospek bagi industri runcit adalah cerah kerana sudah melalui tempoh sukar serta menjangkak­an dapat mengakhiri 2022 secara positif.

Memandangk­an negara ini masih menangani COVID-19, pusat

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties beli-belah The Curve juga menyedari aspek cabaran bagi industri runcit yang merangkumi kenaikan kos, selain pendapatan pelanggan yang turut terjejas dan boleh memberi kesan terhadap perbelanja­an dan kuasa membeli mereka pada tahun ini.

“Walaupun mencabar, kami tetap fokus kepada usaha menambah nilai serta mengekalka­n hubungan jangka panjang yang baik dengan penyewa, termasuk menghulurk­an bantuan kepada mereka sewaktu tempoh sukar,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai pemeteraia­n persefaham­an dengan K Ecomart Sdn Bhd, anak syarikat Korean Malaysia Trade (KMT) Group yang menjadi sebahagian daripada usaha mengembang­kan profil kepelbagai­an penyewa di The Curve.

Premis K Plus Food Market adalah penyewa utama di pusat beli-belah itu dengan kawasan seluas kira-kira 30,000 kaki persegi di tingkat bawah atau menyamai lima peratus daripada ruang boleh disewa dan satu angka yang signifikan bagi sewaan tunggal.

Kemudahan akses

Pengerusi KMT Group, Datuk Matthew Lee, berkata pemilihan The Curve itu adalah selaras dengan sasaran permintaan baik terhadap tawaran produk Korea Selatan berdasarka­n kemudahan akses terhadap lokasinya di Lembah Klang.

“Selain itu, kami juga mahu menjadikan premis kami yang berkonsepk­an premis runcit Korea sebagai satu tarikan dan lokasi wajib kunjung bagi mereka di Lembah Klang yang meminati budaya negara itu,” katanya.

Kedai utama atau istimewa ini akan menampilka­n rangkaian pelbagai produk dan jenama Korea dengan barangan makanan segar tertentu diimport terus dari Korea Selatan mengikut musim selain turut bekerjasam­a dengan pembekal tempatan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Menurut Lee, kumpulan itu juga merancang mengembang­kan premis berkonsepk­an kedai runcit Korea itu ke lokasi lain di masa akan datang. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia