Berita Harian

Momentum positif dijangka kekal

-

FBM KLCI diunjur 1,450-1,480 mata didorong sentimen pasaran lebih baik

Bursa Malaysia dijangka meneruskan momentum positif pada minggu ini, didorong oleh sentimen pasaran serta selera risiko yang lebih baik apabila kebimbanga­n berkaitan inflasi dan kemeleseta­n global semakin reda, kata penganalis­is.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Interpacif­ic Asset Management Sdn Bhd, Datuk Nazri Khan Adam Khan, menjangkak­an indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak dalam jajaran 1,450 hingga 1,480 pada minggu ini.

“Malah, saham-saham itu sudah memacu Bursa Malaysia ke dalam wilayah positif pada minggu lalu apabila FBM KLCI melepasi paras rintangan asas 4,600 dalam tempoh lima hari dagangan pada Jumaat. Ini adalah satu prestasi yang amat memberangs­angkan,” katanya.

Nazri Khan juga menyifatka­n, sokongan daripada rakan dagang Malaysia, terutama China dan Amerika Syarikat (AS) turut memacu peningkata­n bursa tempatan itu.

“Saham AS dan China berakhir lebih tinggi, dipacu oleh perkembang­an pendapatan korporat yang positif, terutama dalam sektor perbankan dan teknologi,” katanya.

Naik 1.07 peratus

Pada peringkat tempatan, beliau menjangkak­an, saham sarung tangan dan perbankan akan mencatat sedikit pergerakan pada minggu ini.

Sementara itu, pada akhir dagangan Jumaat, FBM KLCI naik 15.48 mata atau 1.07 peratus kepada 1,465.80 berbanding 1,450.32 pada akhir urus niaga Khamis.

Bagi perbanding­an mingguan, indeks penanda aras itu meningkat 47.36 mata kepada 1,465.80 daripada 1,418.44 pada akhir minggu sebelumnya.

Di papan indeks menyaksika­n Indeks FBM Emas naik 348.19 mata kepada 10,396.08, Indeks FBM Emas Syariah menokok 379.39 mata kepada 10,461.74, FBM 70 melonjak 455.02 mata kepada 12,450.03, Indeks FBMT 100 meraih 338.09 mata kepada 10,153.84 dan FBM ACE menambah 229.34 mata kepada 4,789.17.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmat­an Kewangan melonjak 442.00 mata kepada 16,449.69, Indeks Tenaga meningkat 38.20 mata pada 642.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 10.31 mata kepada 177.04, manakala Indeks Perladanga­n menambah 210.52 mata kepada 6,866.25.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama kukuh dengan mencatat 6.80 bilion saham bernilai RM6.03 bilion berbanding 5.49 bilion saham bernilai RM4.20 bilion dalam minggu sebelumnya.

Jumlah waran juga meningkat ketara kepada 1.53 bilion unit bernilai RM327.00 juta berbanding 1.39 bilion unit bernilai RM256.90 juta pada minggu sebelumnya.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan melonjak kepada 2.44 bilion saham bernilai RM572.31 juta daripada 1.29 bilion saham bernilai RM346.46 juta pada minggu sebelum ini. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia