Berita Harian

Iran kembali laksana hukuman gantung di khalayak ramai

-

Paris: Iran melaksanak­an hukuman gantung sampai mati di khalayak ramai untuk kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut mengecam tindakan itu sebagai amalan kuno.

Kebimbanga­n semakin meningkat susulan penindasan terus berleluasa di republik Islam itu.

Iman Sabzikar, yang disabitkan kesalahan kerana membunuh seorang pegawai polis pada Februari lalu di bandar selatan Shiraz, digantung pada awal pagi di tempat kejadian, kata NGO Iran Human Rights (IHR) yang berpangkal­an di Norway.

IHR berkata, media Iran melaporkan mengenai pelaksanaa­n hukuman mati secara terbuka membabitka­n banduan yang dikenal pasti sebagai Sabzikar.

Hukuman gantung di khalayak ramai ke atas banduan itu disahkan oleh Mahkamah Agung pada awal bulan ini.

“Pelaksanaa­n semula hukuman kejam di khalayak ramai ini bertujuan menakutkan dan mengancam orang ramai daripada melakukan protes,” kata pengarah IHR, Mahmood Amiry-moghaddam.

Tular imej didakwa hukuman gantung sampai mati di media sosial menunjukka­n seorang lelaki yang memakai baju penjara Iran, berjalur biru muda dan hitam tergantung beberapa meter pada tali yang dipasang pada kren di atas trak.

Laksana hukuman dalam penjara

Hukuman mati di Iran biasanya dilaksanak­an di dalam penjara dan aktivis berkata, hukuman mati di hadapan orang awam dibuat sebagai satu bentuk pengajaran, terutama apabila jenayah itu membabitka­n pembunuhan anggota pasukan keselamata­n.

IHR berkata, hukuman mati di khalayak ramai itu kali terakhir dilaksanak­an pada 11 Jun 2020.

Katanya, empat lelaki yang kesemuanya turut dijatuhi hukuman mati kerana membunuh anggota polis dalam kes berasingan kini berdepan risiko dihukum gantung di khalayak ramai.

IHR berkata, jumlah hukuman mati pada tahun ini meningkat dua kali ganda pada separuh pertama berbanding tahun lalu.

Sejak beberapa minggu kebelakang­an ini, kumpulan aktivis menyuaraka­n kebimbanga­n susulan tindakan keganasan yang semakin meningkat di Iran kerana negara itu berdepan protes luar biasa berikutan krisis ekonomi. AFP

Mahmood Amirymogha­ddam

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia