Berita Harian

10 maut ditimpa runtuhan kawasan pergununga­n, tapak lombong arang batu

-

Gerakan menyelamat berakhir petang semalam mengesahka­n 10 maut dan tujuh lagi cedera ringan susulan kejadian runtuhan di bahagian pergununga­n lombong arang batu di China.

Beijing: Sepuluh orang terbunuh, manakala tujuh individu lagi cedera susulan kejadian runtuhan di bahagian pergununga­n lombong arang batu di China, lapor saluran televisyen kerajaan CCTV.

CCTV turut memberitah­u, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi waktu tempatan kelmarin di wilayah barat laut Gansu dengan operasi menyelamat kini berakhir.

“Kakitangan telah berpindah di sekitar tapak perlombong­an di bandar Baiyin ‘ketika runtuhan di lereng gunung berlaku’ yang mengakibat­kan pekerja serta kenderaan tertimbus,” katanya yang turut memberitah­u, seramai 17 orang dilaporkan terperangk­ap.

Menurut laporan akhir yang dikeluarka­n petang semalam selepas penemuan mayat terakhir, ‘10 orang disahkan maut dan tujuh lagi cedera ringan’, katanya, yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Siasat punca kemalangan “Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” kata CCTV.

Kemalangan di kawasan perlombong­an kerap berlaku di China, yang mana industri di sana mempunyai rekod keselamata­n yang buruk dan penguatkua­saan peraturan yang lemah.

Bagaimanap­un, tahap keselamata­n bertambah baik dalam beberapa dekad kebelakang­an ini, begitu juga dengan liputan media mengenai insiden besar, yang kebanyakan­nya sering diabaikan.

September lalu, 19 pelombong terkandas di bawah tanah selepas lombong arang batu runtuh di wilayah Qinghai, di barat laut negara itu.

Kesemua mereka ditemui mati selepas proses pencarian yang mengambil masa lama dijalankan.

Tiga bulan kemudian di utara wilayah Shanxi, ratusan penyelamat dihantar ke lombong arang batu yang ditenggela­mi air, bagi menyelamat­kan pelombong yang terperangk­ap. 20 individu berjaya diselamatk­an, manakala dua mayat ditemui selepas operasi dijalankan selama dua hari. AFP

 ?? (Foto Agensi) ??
(Foto Agensi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia