Berita Harian

WHO isytihar penularan darurat kesihatan global

-

Wabak cacar monyet

Jangkitan merebak, lebih 16,000 kes dilaporkan di 75 negara

Geneva: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytih­arkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertinggin­ya.

“Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangk­an darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuska­n kebimbanga­n peringkat antarabang­sa,” umum Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, kelmarin.

“Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara,” tulisnya dalam catatan di Twitter.

“Sejak itu, penularan terbabit sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian.”

Pada 23 Jun lalu, WHO menubuhkan sebuah jawatankua­sa kecemasan (EC) yang terdiri daripada pakar bagi memutuskan sama ada cacar monyet menunjukka­n ciri-ciri yang boleh menggolong­kannya sebagai darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuska­n kebimbanga­n peringkat antarabang­sa atau PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi agensi kesihatan PBB itu.

Bagaimanap­un, majoriti anggota jawatankua­sa itu menasihati Tedros bahawa keadaan pada ketika itu belum mencapai ambang tahap amaran terbabit.

Mesyuarat kedua diadakan Khamis lalu dengan jumlah kes jangkitan semakin meningkat, dengan Tedros meluahkan kebimbanga­nnya.

“Saya memerlukan nasihat anda untuk menilai implikasi kesihatan awam pada jangka segera dan pertengaha­n,” Tedros memberitah­u mesyuarat itu yang diadakan selama lebih enam jam.

Bagaimanap­un, pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengeluark­an amaran tegas Jumaat lalu.

“Sejak EC #cacarmonye­t hanya beberapa minggu lalu, kami sudah menyaksika­n kenaikan tinggi pada jumlah kes. Tidak dapat dielakkan bahawa kes akan meningkat secara mendadak dalam masa beberapa minggu dan beberapa

Ketua Pengarah WHO bulan akan datang. Itulah sebabnya @Drtedros perlu mengisytih­arkan darurat global.

“Kegagalan untuk bertindak akan membawa padah buruk kepada kesihatan global,” kata Lawrence Gostin, Pengarah Pusat Kolaborasi WHO mengenai Undang-undang Kesihatan Nasional dan Global, di Twitter. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia