Berita Harian

Itali catat lebih 400 jangkitan, keadaan masih terkawal

-

Individu dijangkiti cacar monyet.

Rom: Lebih 400 kes cacar monyet direkodkan di Itali, kata Ketua Pengarah bahagian Pencegahan Kementeria­n Kesihatan negara itu, Gianni Rezza, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytih­arkan wabak penyakit itu sebagai darurat kesihatan awam.

Kelmarin, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s mengumumka­n bahawa wabak cacar monyet diisytihar darurat kesihatan global.

Rezza dalam satu kenyataan berkata, Itali mencatatka­n 407 kes cacar monyet setakat ini, tetapi keadaan terkawal, lapor Sputnik.

Ghebreyesu­s berkata, walaupun wabak cacar monyet diisytihar darurat kesihatan global, ‘buat masa ini kebanyakan kes tertumpu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, terutamany­a mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual’.

Pada masa yang sama, beliau menyeru semua negara untuk bekerjasam­a rapat dengan kumpulan yang terjejas, meningkatk­an kempen kesedaran, dan memberi amaran terhadap diskrimina­si dan stigma.

Menurut ketua pengarah WHO, lebih 16,000 kes cacar monyet direkodkan di

75 negara dan wilayah, dengan lima kematian setakat ini.

Kebanyakan pesakit pulih daripada jangkitan wabak itu selepas beberapa minggu tanpa rawatan.

Menurut WHO, cacar monyet lebih menjejaska­n kanak-kanak kecil, wanita hamil dan individu yang mengalami gangguan sistem imun.

Virus cacar monyet tidak mudah berjangkit dan biasanya akan merebak melalui kontak fizikal yang rapat, termasuk hubungan seksual dengan individu yang dijangkiti.

Ia boleh menjangkit­i tubuh manusia melalui saluran pernafasan, mata, hidung dan mulut serta melalui cecair

Gianni Rezza

badan.

Cacar monyet adalah penyakit zoonosis (yang merebak antara haiwan dan manusia). BERNAMA

Phnom Penh: Seorang lelaki Nigeria yang melarikan diri selepas menjadi kes cacar monyet pertama Thailand ditemui di Phnom Penh kelmarin dan dibawa ke hospital, kata Kementeria­n Kesihatan Kemboja.

Ia berlaku pada hari yang sama pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva mengisytih­arkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

Pelancong berusia 27 tahun itu - yang tinggal lebih masa visanya di Thailand - disahkan menghidap cacar monyet di bandar peranginan Phuket Isnin lalu, kata seorang pegawai kesihatan Thailand.

Semasa berada di Phuket, lelaki itu melawat dua tempat hiburan, dan 142 orang kini sedang disaring untuk virus itu, kata pegawai kesihatan, sambil menambah bahawa lelaki itu juga melakukan hubungan seks tanpa perlindung­an dengan seorang wanita.

Selepas mengetahui diagnosisn­ya, dia melarikan diri dari penginapan­nya di Phuket, mematikan telefonnya dan gagal membalas mesej polis atau pekerja kesihatan.

Percutiann­ya mencetuska­n pemburuan di seluruh Thailand dan pihak berkuasa kelmarin berkata, isyarat telefonnya dikesan di wilayah timur laut bersempada­n dengan Kemboja.

Selepas mencari di beberapa lokasi, polis Kemboja menemui pelarian terbabit di rumah tetamu Phnom Penh dan dia dihantar ke Hospital Persahabat­an Khmer-soviet untuk rawatan perubatan.

“Untuk mengelakka­n jangkitan virus cacar monyet, Kementeria­n Kesihatan merayu kepada semua orang yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit Nigeria itu untuk mengasingk­an diri dan mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan,” kata kementeria­n Kemboja dalam satu kenyataan.

Cacar monyet tidak menular seperti coronaviru­s, menurut WHO. Namun, sejak lonjakan jangkitan dilaporkan pada awal Mei di luar negara Barat dan tengah Afrika - di mana penyakit itu menjadi endemik - ia menjejaska­n lebih 16,800 orang di 74 negara, menurut pengiraan yang diterbitka­n minggu ini oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Sebanyak 95 peratus kes merebak melalui aktiviti seksual, menurut kajian terhadap 528 orang di 16 negara yang diterbitka­n dalam New England Journal of Medicine - penyelidik­an terbesar setakat ini.

AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia