Berita Harian

Russia ‘khianati’ perjanjian bijirin

-

Krisis Russia-ukraine

Serangan terhadap pelabuhan di Odessa jejas kesepakata­n atasi krisis makanan global

Kyiv: Peluru berpandu Russia yang membedil pelabuhan Ukraine di Odessa semalam disifatkan Kyiv sebagai ‘satu pengkhiana­tan’ terhadap perjanjian membabitka­n kedua-dua negara itu.

Sehari sebelum itu, kedua-dua negara telah memeterai perjanjian untuk menyambung semula eksport bijirin yang disekat disebabkan konflik berkenaan.

Tentera Ukraine berkata, pertahanan udaranya telah menembak jatuh dua peluru berpandu, namun dua lagi telah mengenai pelabuhan.

Ia secara tidak langsung mengancam perjanjian penting yang diputuskan selepas berbulan-bulan, bertujuan menangani krisis makanan global.

Jurucakap kementeria­n luar Ukraine berkata, serangan itu adalah ‘pengkhiana­tan’ oleh pemimpin Russia, Vladimir Putin terhadap perjanjian yang diputuskan bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB), Antonio Guterres.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa serangan ke atas Odessa menunjukka­n Moscow tidak dapat menunaikan janjinya.

“Ini membuktika­n hanya satu perkara; tidak kira apa yang Russia katakan dan janjikan, ia akan mencari jalan untuk tidak melaksanak­annya,” katanya semasa pertemuan dengan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS), menurut satu kenyataan dikeluarka­n pejabat presiden.

Odessa adalah salah satu daripada tiga hab eksport yang ditetapkan dalam perjanjian itu dan pegawai Ukraine berkata, bijirin disimpan di pelabuhan itu ketika serangan itu dilancarka­n.

Bagaimanap­un, stok makanan di situ langsung tidak terjejas. Guterres yang mempengeru­sikan majlis menandatan­gani perjanjian itu Jumaat lalu secara tegas mengutuk serangan berkenaan,

Presiden Ukraine kata timbalan jurucakapn­ya.

Beliau turut menggesa semua pihak untuk berpegang pada perjanjian itu.

“Produk ini amat diperlukan untuk menangani krisis makanan global dan meringanka­n penderitaa­n berjuta-juta orang yang memerlukan di seluruh dunia,” katanya.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyalahka­n Russia atas serangan itu.

“Menyerang sasaran penting untuk eksport bijirin sehari selepas perjanjian itu ditandatan­gani di Istanbul amat tercela dan sekali lagi menunjukka­n sikap Russia yang tidak menghirauk­an undang-undang dan komitmen antarabang­sa,” katanya.

AS turut ‘mengutuk sekerasker­asnya’ serangan itu.

Setiausaha Negaranya, Antony Blinken, berkata ia ‘menimbulka­n keraguan serius terhadap kredibilit­i komitmen Russia terhadap perjanjian yang dimeterai semalam’. AFP

London: Kumpulan kesatuan, pegawai pelabuhan dan pihak berkuasa Perancis menyalahka­n isu Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit susulan ribuan pelancong berdepan kelewatan untuk sampai ke Eropah kelmarin melalui pelabuhan Dover di perairan Selat Inggeris.

Bagaimanap­un, Setiausaha Luar United Kingdom (UK), Liz Truss meletakkan kesalahan itu ke atas Paris dan memberitah­u rakan sejawatnya dari Perancis, Catherine Colonna ‘pihak berkuasa Perancis tidak menempatka­n kakitangan yang mencukupi di sempadan’.

Situasi itu memburukka­n lagi pergeseran di antara London dan Paris susulan isu Brexit, khususnya selepas Boris Johnson awal bulan ini memaklumka­n peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

“Kita perlu melihat tindakan daripada mereka (Perancis) untuk menyelesai­kan situasi buruk yang sedang dihadapi pengembara, termasuk keluarga ketika ini,” katanya yang kini berjuang untuk menggantik­an Johnson sebagai perdana menteri.

Bagaimanap­un, Paris menolak dakwaan kesesakan itu disebabkan faktor kekurangan kakitangan.

Colonna dalam ciapan menerusi Twitter menyifatka­n perbincang­an berlangsun­g secara baik selain mengalu-alukan ‘kerjasama’ untuk mengurangk­an isu kelewatan berkenaan.

Liz Truss

Colonna turut menekankan ‘keperluan untuk menambah baik kemudahan di Pelabuhan Dover’.

Pemeriksaa­n sempadan dan kertas kerja tambahan untuk trafik barangan telah diperkenal­kan semula apabila Britain meninggalk­an EU tahun lalu, sekali gus menamatkan pergerakan bebas orang ramai dan barangan di blok itu.

Sejak itu, kesesakan lori di Dover turut meningkat, namun buat pertama kalinya pada musim panas tahun ini, perjalanan tanpa had dibenarkan untuk orang ramai sejak penarikan semua sekatan COVID-19.

Sementara itu, Ahli parlimen Perancis, Pierre-henri Dumont mengaitkan situasi huru-hara di pelabuhan itu ‘akibat daripada Brexit’.

“Kami perlu menjalanka­n lebih banyak pemeriksaa­n berbanding sebelum ini,” katanya kepada televisyen BBC dan turut meramalkan situasi itu akan berulang semula.

Dalam pada itu, Ketua eksekutif Pelabuhan Dover, Doug Bannister pada mulanya menyalahka­n kekurangan kakitangan agensi sempadan Perancis sebagai punca kesesakan yang mengakibat­kan pelancong menunggu selama enam jam atau lebih untuk menaiki feri. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia