Berita Harian

Ten Hag bengang sikap pemain

-

Wisconsin: Erling Haaland hanya memerlukan 11 minit untuk membuka akaun golnya bersama Manchester City pada aksi persahabat­an menentang Bayern Munich di Wisconsin, semalam.

Menentang pasukan yang pernah ditentangn­ya dalam Bundesliga sebelum ini, bekas penyerang Borussia Dortmund itu meledak gol tunggal perlawanan dari jarak dekat selepas gerakan menarik daripada Kevin De Bruyne dan Jack Grealish.

Bagaimanap­un, perlawanan itu yang pada awalnya ditangguhk­an susulan ribut hampir dibatalkan kerana cuaca yang buruk pada aksi di Lambeau Field yang menjadi gelanggang rasmi pasukan dari NFL, Green Bay Packers.

Pemain keluar dari padang hampir setengah jam sebelum kembali apabila kedua-dua pasukan bersetuju untuk beraksi bagi tempoh 80 minit dan rehat separuh masa selama lima minit.

Pemain dari Norway itu tampil buat kali pertama bersama

Manchester City selepas diketepika­n pada aksi persahabat­an menentang Club America, Rabu lalu.

Dia jelas sudah menyesuaik­an diri dengan pasukan baharunya apabila meledak gol pertama meskipun hanya berlatih sebanyak dua kali sebelum aksi menentang Club America.

Ikut jejak langkah bapa Guardiola mengambil pendekatan untuk berhati-hati berhubung soal kecergasan Haaland sebagai persiapan untuk menghadapi Liverpool bagi aksi Perisai Komuniti di Stadium King Power.

Haaland mengikut jejak langkah ayahnya, Alf Inge apabila berhijrah ke Manchester City dan dia mengakui gembira untuk membantu City mencipta lebih banyak kejayaan.

“Saya sentiasa menyaksika­n City sejak beberapa musim ini. Sudah tentu anda tertarik dengan corak permainan mereka yang begitu mengujakan serta mencipta banyak peluang. Ia peluang yang sempurna buat pemain seperti saya.

“Ramai pemain berkelas dunia dalam pasukan ini dan Pep juga adalah antara pengurus terbaik sepanjang zaman. Saya percaya saya berada di tempat yang betul untuk memenuhi citacita saya.

“Saya mahu menjaringk­an gol, memenangi trofi dan menjadi bertambah baik sebagai pemain bola sepak. Saya yakin dapat melakukann­ya di sini,” katanya.

AGENSI

Perth, Australia: Erik ten Hag memberitah­u pemain Manchester United kendaliann­ya tiada alasan kerana mensia-siakan kelebihan dua gol ke atas Aston Villa, kelmarin.

United mendahului 2-0 tetapi gagal memenangi perlawanan buat pertama kali dalam empat aksi persahabat­an pramusim.

Bagi Ten Hag, aksi di babak kedua tidak boleh diterima dengan Villa menjaringk­an gol penyamaan pada minit terakhir menerusi tandukan Calum Chambers.

“Kami melakukan banyak pergerakan di belakang barisan pertahanan, menjaringk­an dua gol hebat jadi kami mendahului 2-0 menjelang rehat, dan kemudian fokus kami merosot.

“Mungkin pemain keletihan, tetapi itu bukan alasan. Mereka perlu beraksi dengan baik dan itu yang kami tidak lakukan di babak kedua.

“Ia kerana fokus. Saya tidak mahu membuat alasan berkenaan padang atau cuaca. Tidak kira apa keadaan kami perlu menampilka­n aksi terbaik,” katanya. AGENSI

Reaksi Erling Haaland selepas menjaringk­an gol ketika aksi persahabat­an antara Manchester City dan Bayern Munich di Lambeau Field, semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia