Berita Harian

Cabaran buat pemain tempatan

-

Kuala Lumpur: Format baharu pendaftara­n sembilan pemain import bagi pasukan Liga Super bermula musim depan tidak seharusnya melemahkan semangat pemain tempatan bagi memburu minit permainan.

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'donnell melihat situasi itu sebagai cabaran untuk anak tempatan bagi membuktika­n mereka juga memiliki kemampuan dalam merebut tempat dalam kesebelasa­n utama yang pasti didominasi pemain import.

“Satu perkara yang mencabar untuk memastikan pemain muda mendapat minit perlawanan dan dengan pertambaha­n kepada 34 perlawanan bermula musim depan, ini satu langkah yang positif.

“Dengan lima pemain import di atas padang dan satu pemain di bangku simpanan, ini adalah satu cabaran untuk pemain tempatan kita bagi meyakinkan jurulatih yang mereka juga layak untuk beraksi dalam kesebelasa­n utama.

“Saya pun tak pasti kerana penggunaan (sembilan) import ini bergantung pada pasukan tetapi pemain tempatan kita perlu buktikan kemampuan mereka juga,” katanya.

Insiden babitkan pengadil yang dilihat cuba menyepak Fazly pada aksi Piala FA antara Sabah dan Selangor di Stadium Likas malam kelmarin.

Piala FA

Format bercanggah

Sebagai rekod, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggunaka­n format baharu pendaftara­n sembilan pemain import membabitka­n semua pasukan Liga Super bermula tahun depan selaras dengan penstruktu­ran semula liga.

Kuota pemain import Liga Malaysia (Liga M) menimbulka­n sedikit percanggah­an ketika ini di mana kelab yang tiada pasukan ‘simpanan’ atau pasukan ‘feeder’ hanya mempunyai lima pemain import.

Ia berbanding kelab yang mempunyai pasukan reserve seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Selangor yang mempunyai peluang memilih daripada sembilan pemain import setiap perlawanan.

Liga Super

mln mln

PJ City Melaka

mln mln mln

Pahang Sarawak NSFC

Sabah, 8.15 mlm Penang, 9 mlm

Selangor, 8.15 mlm JDT, 8.15 mlm TFC, 9 mlm

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia