Berita Harian

Pengadil ‘sepak’ pemain Selangor

- Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas insiden pengadil perlawanan tidak memberi kelebihan buat Kelantan FC pada aksi Liga Perdana menentang Johor Darul Ta'zim (JDTII) menjadi tular di media sosial, kini giliran seorang lagi pengadil ‘mencuri tumpuan’.

Ini selepas pengadil pada aksi suku akhir Piala FA membabitka­n Sabah FC dan Selangor FC (SFC), Suhaizi Sukri turut menjadi tular di media sosial atas tindakan yang dilakukann­ya pada perlawanan di Stadium Likas, malam kelmarin.

Insiden itu tercetus pada masa tambahan separuh masa pertama dengan The Red Giants sedang mendahului skuad Badak 1-0 menerusi gol seawal minit pertama oleh Hyuri Henrique.

Menerusi klip video yang tular, pertahanan SFC, Fazly Mazlan melakukan kekasaran kepada pemain Sabah FC, Baddrol Bakhtiar yang menyebabka­n Baddrol tergolek di atas padang.

Selepas itu, Fazly dilihat ‘bertekak’ dengan Suhaizi namun dengan tidak semena-mena, pengadil itu mengangkat kakinya sedikit ke arah pemain Selangor itu dan penyokong menyifatka­n tindakan itu seperti mahu menendang Fazly.

Susulan kekasaran yang dilakukan pemain berusia 28 tahun itu, Fazly mendapat ‘hadiah’ apabila dilayangka­n kad kuning oleh Suhaizi pada perlawanan itu.

Perlu diadili

Ketika ditanya oleh pelayar Internet mengenai insiden itu, bekas Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menerusi akaun Twitternya berkata keduadua pihak perlulah diadili sebaiknya.

“Tiada pengecuali­an terhadap mana-mana pihak, lebih-lebih lagi pengadil. Yang bersalah perlu diadili dengan sewajarnya.

“Saya perhatikan tangan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di situ.

“Biar mereka diadili sebaikbaik­nya,” kata Subkhiddin.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan buat anak buah Michael Feichtenbe­iner selepas mereka melebarkan jurang menerusi gol kedua oleh Herlison Caion pada minit ke-80.

Kemenangan itu membolehka­n juara lima kali Piala FA itu menempah pertemuan dengan Terengganu FC (TFC) yang membelasah Kuching City FC 4-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia