Berita Harian

Piala AFC motivasi terbaik

-

Subkhiddin Mohd Salleh

Dari muka 56

Bagaimanap­un, tiada ‘ramalan’ yang tersasar untuk aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah menundukka­n wakil tunggal Liga Perdana, Kuching City FC 4-1.

Kejutan, drama minit akhir, pasukan besar ‘membuli’ pasukan kecil - cukup ‘rempah ratusnya’ untuk aksi suku akhir Piala FA kali ini.

Lebih menarik adalah apabila ketika aksi di laman sendiri sepatutnya memberi kelebihan namun sebaliknya yang berlaku apabila tiga pasukan tuan rumah tumbang di laman sendiri iaitu Sabah FC, MU dan juga SPFC.

Apapun, aksi suku akhir sudahpun berakhir dan tumpuan perlu diarahkan kepada perlawanan separuh akhir yang menjadi ibarat prafinal buat empat pasukan yang layak.

Motivasi terbaik bagi Piala FA sudah tentulah peluang untuk mewakili negara ke pentas Piala

AFC musim depan - hanya satu lagi aksi memisahkan mereka daripada perlawanan akhir dijangka berlangsun­g hujung Ogos nanti.

Empat pasukan ini - JDT, SFC, TFC dan PFC - masing masing adalah bekas juara jadi aksi separuh akhir kali ini menampilka­n pertembung­an antara bekas juara Piala FA.

Mereka menghimpun sembilan kejuaraan Piala FA secara keseluruha­n dengan The Red Giants muncul pemenang terbanyak (5), TFC (2) dan JDT dan PFC masing masing dengan satu kejuaraan.

Empat pasukan ini juga boleh dianggap mewakili ‘kasta’ mereka dalam Liga Super selepas separuh akhir ini menampilka­n pasukan dari kelompok atasan, pertengaha­n dan juga bawahan liga.

JDT (1) akan menentang skuad Harimau Kumbang (12) manakala SFC (5) pula menempah pertemuan dengan TFC yang ketika ini menghuni tangga keenam Liga Super.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia