Berita Harian

Wei Chongkai Wun juara

- Oleh Sukhairi Thani

Beregu negara kejutkan pemenang emas Olimpik sukhairi@bh.com.my

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-tee Kai Wun mencetus sensasi apabila membenam pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yangwang Chi-lin pada aksi final Terbuka Taiwan, semalam.

Wei Chong-kai Wun memerlukan 54 minit untuk menjinakka­n beregu di ranking keempat dunia yang juga pilihan pertama itu 21-18, 11-21, 21-18, sekali gus meraih gelaran kedua mereka musim ini.

Walaupun ketinggala­n 14-16 pada set penentuan, tetapi beregu negara yang menduduki ranking ke-36 dunia itu bangkit apabila menyamakan kedudukan 17-17 sebelum mendahului 18-17 dan mereka tidak melakukan kesilapan untuk memalukan pasangan tuan rumah itu.

Beregu muda negara itu sebelum ini menjuarai Kejohanan Antarabang­sa India yang berlangsun­g di Lucknow, India pada pertengaha­n Januari lalu dan kemenangan di Taiwan ini adalah yang pertama dalam saingan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF musim ini.

Dalam perkembang­an lain, acara beregu campuran dimenangi Lee Chun Hei Reginald-ng Tsz Yau dari Hong Kong yang menewaskan gandingan Ruttanapak

Oupthong-chasinee Korepap 21-8, 21-9 dalam tempoh 30 minit.

Pemain perseorang­an lelaki yang juga pilihan utama kejohanan tuan rumah, Chou Tien Chen pula muncul juara selepas menundukka­n pemain Jepun, Kodai Naraoka 14-21, 21-10, 21-6.

Bagi acara perseorang­an wanita, gelaran juara turut dimenangi pemain tuan rumah, Tai Tzu Ying yang juga pemenang perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pemain Jepun, Saena Kawakami 21-17, 21-16.

Sementara itu, acara beregu wanita dikuasai pasangan Hong Kong, Ng Tsz Yau-tsang Hiu Yan yang menewaskan Rui Hirokami-yuna Kato 21-15, 18-21, 21-19 untuk meraih gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Kejohanan Antarabang­sa Belanda, April lalu.

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasn­i Awang menitipkan kata-kata semangat buat pasukan trek negara ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bakal berlangsun­g di Lee Valley Velopark dari 29 Julai hingga 1 Ogos ini.

Pemenang pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan di New Delhi 2010 dan keirin (Glasgow 2014) itu berkata, beliau percaya pasukan sudah menjalani persiapan rapi menjelang temasya berkenaan dan pada ketika ini berada pada tahap persediaan yang tinggi.

“Saya berharap mereka akan menonjolka­n potensi sebenar dan membawa pulang kejayaan untuk negara yang tercinta.

Kuala Lumpur: Pada Sukan SEA 1981, atlet dari Filipina berusia 17 tahun, Lydia de Vega berlari laksana kijang dan memukau jutaan penyokong.

Filipina memenangi acara 200 meter (m) dan 400 (m) menerusi larian derasnya yang menjadi batu asas untuk dia memecahkan rekod, sekali gus menjadi wanita terpantas Asia.

Segala yang didamba oleh atlet olahraga Asia ada pada dirinya kebijaksan­aan, bakat besar untuk menyinar di pentas dunia, atlet muda yang berpotensi serta model ikutan untuk kanak-kanak.

Dia merangkul lebih 40 pingat emas di arena antarabang­sa sepanjang 15 tahun kariernya sebagai atlet dan pencapaian ini hampir pasti tidak dapat dipintas oleh mana-mana atlet di benua ini.

Namun pada usia 57 tahun, De Vega kini mengharung­i perlumbaan paling sukar dalam hidupnya apabila berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi kanser payudara tahap 4.

Perkembang­an itu diumumkan anaknya yang juga pemain bola tampar, Stephanie Mercado menerusi laman Instagramn­ya, Rabu lalu selepas merayu bantuan kewangan untuk rawatan ibunya.

Dia didiagnos dengan penyakit itu pada 2018 dan sudah menjalani beberapa prosedur sejak beberapa tahun lalu termasukla­h pembedahan otak.

Terbuka Taiwan

Aksi Wei Chong-kai Wun ketika menewaskan Lee Yang-wang Chi-lin di final Terbuka Taiwan semalam.

“Kepada Shah Firdaus dan Fadhil Zonis, saya harap anda berdua menggunaka­n sebaik mungkin pengalaman yang sudah dibina sekian lama dalam arena sukan lumba basikal ini.

“Anda berdua mempunyai kemampuan besar dan jika kalian dapat menggunaka­nnya secara optimal pada tempat dan waktunya, insya-allah kejayaan akan menjadi milik anda berdua.

“Kepada pelumba muda Ridwan, Anis, Izzah dan Aliana, jadikan penampilan ‘debut’ (pertama) anda ini sebagai platform untuk bukan saja menyerlah di peringkat antarabang­sa tetapi belajar sebanyak mungkin kerana ini hanyalah permulaan untuk anda semua jika anda ingin

Menurut beberapa laporan, De Vega yang bekerja sebagai jurulatih olahraga kanak-kanak di Singapura berada di sebuah hospital di Manila dalam keadaan kritikal.

Tiada lagi bintang pecut buat Filipina sejak dominasi Mona Sulaiman dalam pentas olahraga Asia pada awal 1960-an dan pada awal 1981, komuniti olahraga Asia dan media menyifatka­nnya sebagai pengganti kepada legenda pecut Taiwan, Chi Cheng.

Sekitar era 1980-an, pertembung­an antara De Vega dan atlet dari India, PT Usha sentiasa hangat dan mencuri tumpuan peminat sukan.

Selepas merangkul pelbagai kejayaan, dia berehat seketika pada 1989 dan 1991, namun kembali ke Sukan SEA Manila 1991 dengan sambutan yang gilang gemilang.

Percy Seneviratn­e dalam bukunya yang bertajuk ‘Detik Emas Sukan SEA 1959-1991’ merujuk kepada wartawan Filipina yang berkata ‘kalau Lydia tidak menang’ akan berlaku rusuhan di sini.”

Lydia memastikan tiada rusuhan yang berlaku apabila dia mendominas­i acara 100m itu mengatasi rakan senegara, Elma Muros dan atlet dari Malaysia, G Shanti.

Kini, semua orang mendoakan kesembuhan buat Vega dan berharap kemenangan sekali lagi akan menjadi miliknya.

Sukan Komanwel 2022

De Vega kini dirawat di hospital di Manila. Gambar kiri De Vega ketika zaman kegemilang­annya.

pergi jauh.

“Marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan lumba basikal Malaysia dan juga seluruh kontinjen Malaysia,”kata Azizulhasn­i dalam akaun Instagram miliknya, yang tidak dapat beraksi kerana pada masa ini berada dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung.

Pasukan berbasikal trek negara disertai Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, manakala untuk acara wanita disertai gandingan ‘Marka Utagha’ iaitu Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berlepas ke Birmingham kelmarin.

 ?? (Foto FB BAM) ??
(Foto FB BAM)
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia