Berita Harian

Anugerah Seri Angkasa 2022 perkenal lima kategori baharu

-

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022 memperkena­lkan lima kategori media sosial baharu sesuai dengan perkembang­an semasa dan lambakan kandungan kreatif dalam platform digital.

Lima kategori media sosial itu adalah drama pendek, sketsa pendek, video klip hiburan, pesanan khidmat masyarakat dan drama bersiri menerusi Youtube rasmi terbaik.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata pencalonan ASA 2022 yang memasuki edisi ke-34, dijangka meningkat berikutan kategori media sosial yang menjadi aliran semasa.

“Pencalonan ASA 2022 bagi semua kategori dibuka mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos ini,” katanya pada sidang media pencalonan ASA 2022 di Wisma Radio, Angkasapur­i, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menganjurk­an ASA 2022 bagi merancakka­n semula landskap industri kreatif yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Malam kemuncak ASA 2022 dijangka disiarkan secara langsung, Oktober depan.

Zahidi berkata, keputusan menganjurk­an ASA 2022 dipersetuj­ui Kabinet, minggu lalu dan acara anugerah itu direalisas­ikan melalui kerjasama strategik K-KOMM dan sektor swasta.

Tambahnya, secara keseluruha­n, sebanyak 72 kategori bakal dipertandi­ngkan termasuk televisyen (TV) membabitka­n 43 kategori, radio (22 kategori) dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh ASA.

“Kementeria­n melantik barisan juri profesiona­l dalam kalangan ahli akademik daripada industri kreatif dan pemain industri berkelayak­an bagi memastikan ASA 2022 terus dipertandi­ngkan pada masa akan datang,” katanya.

Kemuka pencalonan rasmi Zahidi berkata, penganjura­n ASA 2022 bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlan­gan’ adalah sempena sambutan Jubli Emas ASA yang mula dianjurkan sejak 1972.

Katanya, stesen penyiaran kerajaan dan swasta dijemput mengemukak­an pencalonan secara rasmi menerusi laman web www. anugerahse­riangkasa.gov.my.

“Syarat umum pencalonan ASA 2022 dan kriteria pencalonan bagi setiap kategori dimuatkan dalam laman web itu,” katanya.

Zahidi berkata, produk dicalonkan mestilah kali pertama disiarkan di stesen V, radio atau platform Youtube rasmi antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Tambahnya, penganjura­n ASA 2022 diharap dapat menggalakk­an penyiar dan karyawan industri kreatif menerbitka­n rancangan radio dan TV yang lebih kreatif, berkesan dan berkualiti tinggi.

“ASA juga dianjurkan bagi membuka peluang pekerjaan kepada penggiat industri kreatif tempatan untuk berkarya,” katanya. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia