Berita Harian

‘Rasa lebih selamat terus amal pakai pelitup muka’

Orang ramai mahu terus jaga SOP elak risiko jangkitan penyakit

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Penularan COVID-19

Kuala Lumpur: Kebanyakan orang ramai masih mahu memakai pelitup muka walaupun Kementeria­n Kesihatan (KKM) membuat penetapan tidak mewajibkan pemakaiann­ya.

Kakitangan swasta, Nurhidayu Mat Noh, 33, berkata dia tetap mahu memakai pelitup muka selepas ini kerana menggunaka­n pengangkut­an awam ke tempat kerja di ibu kota setiap hari yang mendedahka­nnya dengan risiko dijangkiti COVID-19 susulan berada di kawasan tertutup.

“Sehingga kini saya masih bimbang jika terlupa memakai pelitup muka, malah sentiasa meletakkan pelitup muka tambahan dalam beg sebagai persediaan.

“Walaupun kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, saya masih memilih memakainya kerana mengelak risiko jangkitan, tambahan pula tahun ini saya terkena jangkitan COVID-19 dan Influenza, selain untuk mengelak jangkitan penyakit lain,” katanya.

Bagi pesara, Agilan S Ayapan, 56, sejak memakai pelitup muka selama dua tahun, dia sudah terbiasa dengan keadaan itu dan selesa meneruskan­nya selepas ini.

“Selain dapat mengelak penyakit, dengan pemakaian pelitup muka juga dapat menghindar­i masalah pencemaran alam yang berleluasa ketika ini.

“Ini juga sekali gus dapat mengelak penyakit lain seperti alahan dan sebagainya,” katanya yang menetap di Cheras.

Elak risiko wabak

Pelajar kursus Bioteknolo­gi di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd Zikrulhafi­z Aizuddin, 20, pula berkata dia juga masih memilih memakai pelitup muka bagi mengelak risiko penularan penyakit terutama COVID-19 yang masih wujud ketika ini.

“Sebagai peniaga minuman secara sambilan, saya berasakan pelitup muka masih penting kerana kita tidak tahu siapa yang berpenyaki­t yang datang berjumpa kita setiap hari.

“Jadi dengan memakai pelitup muka, ia dapat mengurangk­an penularan penyakit terutama COVID-19,” katanya.

Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumka­n kelonggara­n pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkut­an awam termasuk e-hailing.

Penguatkua­saan pemakaian pelitup muka adalah berdasarka­n peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Kebanyakan orang ramai masih memilih untuk mengenakan pelitup muka terutama di kawasan tertutup ketika tinjauan di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Kebanyakan orang ramai masih memilih untuk mengenakan pelitup muka terutama di kawasan tertutup ketika tinjauan di Putrajaya, semalam.
 ?? ?? Nurhidayu Mat Noh
Nurhidayu Mat Noh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia