Berita Harian

400 peserta empowernce­r dirai

Berjaya tamat kursus latihan kemahiran, jana pendapatan sehingga M40, T20

-

Lenggong: Seramai 400 peserta sekitar Hulu Perak dan Kuala Kangsar diraikan Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) susulan kejayaan mereka menamatkan latihan kemahiran dan keusahawan yang berlangsun­g di antara enam hingga 12 bulan di bawah program empowernce­r di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata program itu menyasar penyertaan golongan wanita, belia dan graduan menganggur daripada keluarga B40 serta Orang Asli dengan menggunaka­n pendekatan bagi meningkatk­an kemahiran supaya mereka mampu bersaing dan merebut peluang ekonomi yang tersedia.

“Pelaksanaa­n program ini selari hasrat kerajaan negeri untuk meningkatk­an kemahiran dan pendapatan rakyat melalui usaha

pembasmian kemiskinan secara menyeluruh dengan sedaya upaya mengubah taraf hidup masyarakat B40 agar mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Saya gembira melihat inisiatif oleh NCIA dan UMP Advanced dalam menyokong usaha kerajaan negeri membangunk­an kapasiti rakyat ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader

Sultan, berkata majlis berkenaan juga diadakan bagi memperkena­lkan kepada komuniti setempat, program empowernce­r yang dirangka berpanduka­n keperluan sosioekono­mi dan industri sedia ada.

Pelajari kemahiran baharu

“Pencapaian yang memberangs­angkan ini hasil strategi integrasi program modal insan NCER dalam menyokong sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk mencapai sifar kemiskinan tegar menjelang 2025.

“Peserta program empowernce­r

akan mempelajar­i kemahiran baharu yang bakal membolehka­n mereka bekerja berasaskan kemahiran dipelajari atau menjadi usahawan bagi meningkatk­an pendapatan.

“Hal ini secara langsung dapat membantu mengeluark­an mereka dan keluarga daripada belenggu kemiskinan serta mewujudkan ekosistem keusahawan­an,” katanya.

Beliau berkata, semua peserta mengikuti kursus kemahiran dan keusahawan­an selama enam hingga 12 bulan, mengikut modul ditetapkan dengan tempoh pembelajar­an

minimum 90 jam.

Katanya, modul yang dirangka merangkumi komponen teori dan memberi penekanan kepada komponen praktikal di mana peserta disasarkan untuk mula menjana pendapatan seawal minggu kedua latihan.

‘Tempoh bimbingan dan pemantauan selama enam bulan (selepas tamat latihan) turut diberikan bagi memastikan peserta dapat menjana pendapatan secara mampan, sekali gus meningkatk­an taraf sosioekono­mi keluarga masing-masing,” katanya.

 ?? (Foto ihsan UMP Advanced) ?? Saarani berucap pada majlis di Dewan Serbaguna Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong.
(Foto ihsan UMP Advanced) Saarani berucap pada majlis di Dewan Serbaguna Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong.
 ?? ?? Saarani menyampaik­an Anugerah Ikon Lelaki Terbaik peserta program empowernce­r.
Saarani menyampaik­an Anugerah Ikon Lelaki Terbaik peserta program empowernce­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia