Berita Harian

‘Penuhi tiga syarat baru boleh runding’

- Dari Muka

“Mereka tahu syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat itu, baru perundinga­n (kerjasama) boleh kita dilakukan bersama,” katanya ketika ditemui media selepas menutup Program Bootcamp Bncomms di Kem Permata Resort, Ayer Pa’abas, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, setakat ini, tiada perbincang­an secara rasmi antara pucuk kepemimpin­an UMNO dan PAS mengenai syarat yang ditetapkan itu.

Namun, katanya, hanya perbincang­an biasa atau tidak rasmi kerap dibuat antara pemimpin kedua-dua parti.

“Tentunya, kita tidak mahu peristiwa sebelum ini berlaku semula. Setakat ini tidak ada sebarang perbincang­an secara terperinci diadakan di peringkat pucuk kepemimpin­an, jika ada pun dibuat secara informal’ (tidak rasmi).

“Selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi, selagi itu kita tidak dapat merungkaik­an apa juga isu serta perkara yang menjadi penghalang kepada hubungan kerjasama ini,” katanya.

Media baru-baru melaporkan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi mengadakan pertemuan di sebuah restoran di Kuala Lumpur, dua minggu lalu, dalam usaha untuk menghidupk­an semula Muafakat Nasional (MN) bagi mengelakka­n pertembung­an dua parti itu pada PRU-15.

Piagam MN dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019 untuk membentuk kerjasama dengan mengembang­kan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagai­an agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonia­n kaum serta kesejahter­aan negara.

Hubungan keruh

Namun hubungan kedua-dua parti itu menjadi keruh berikutan keengganan UMNO untuk menerima BERSATU menjadi sebahagian MN.

Susulan pertemuan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut penjelasan Abdul Hadi dan mengesahka­n sudah berjumpa Presiden PAS itu untuk mengetahui motifnya.

Selepas pertemuan dengan Abdul Hadi, Isnin lalu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, banyak perkara dipersetuj­ui dalam mengukuhka­n PN bagi menghadapi PRU-15.

Baru-baru ini, bekas Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata PAS perlu tetapkan pendirian jelas sama ada mahu bekerjasam­a dengan UMNO dalam MN atau BERSATU dalam PN, dan tidak terus bermain dua kolam.

Kelmarin, Abdul Hadi sekali lagi bertegas agenda perpaduan ummah perlu membabitka­n semua parti utama Melayu Islam, termasuk UMNO dan BERSATU, diikuti pembabitan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam konteks menyatukan masyarakat majmuk di bawah pimpinan Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia