Berita Harian

Rakyat diajak pilih pemimpin bebas rasuah

Usaha baiki kedudukan negara dalam senarai CPI, ubah persepsi dunia

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengajak rakyat memilih pemimpin bebas rasuah dalam usaha membaiki Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BERSATU dan Ahli Parlimen Larut, berkata kedudukan Malaysia yang jatuh daripada tangga ke-57 pada 2020 ke tangga ke-62 pada 2021 dalam senarai CPI, dilihat begitu teruk.

“Saya menjangkak­an indeks itu akan terkesan tahun ini. Pada 2020 kita di tangga 57 dan jatuh ke tangga 62 pada 2021, ini teruk sangat. Tahun ini saya tidak tahulah, pelbagai masalah yang timbul, masalah rasuah, persepsi dunia kepada kita.

“Untuk kurangkan masalah CPI ini, ada rakan-rakan beritahu untuk adakan juga pilihan raya pada tahun ini. Saya tak apa (kalau) adakan pilihan raya, tetapi rakyat kena pilih pemimpin yang boleh memastikan CPI naik sekurang-kurangnya lingkungan ‘top 20’ (20 teratas),” katanya.

Menegaskan demikian pada program dialog awam ‘Kita Demi Negara’ di Sabah yang diadakan secara maya dan fizikal semalam, Hamzah berkata, pemimpin berintegri­ti perlu dipilih dalam usaha mengecilka­n angka CPI negara pada masa hadapan.

“Kita tidak mahu membesarka­n angka ini, tetapi mahu ia dikecilkan. Cari pemimpin yang bukan sahaja boleh dilihat (integritin­ya), tetapi tidak boleh mempersoal­kan integritin­ya,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau yakin Malaysia akan berada dalam kelompok

15 terbaik dunia dalam Indeks Keamanan Dunia pada tahun depan susulan peningkata­n kedudukan ke tangga 18 pada tahun ini.

“Dalam Indeks Daya Saing Dunia pada 2020, kita tempat ke27 dan pada 2021, ke-25. Bagi Indeks Bandar Selamat 2019 pula di tangga 35 dan 32 pada 2021. Kita jangka berada pada tangga 20 terbaik dunia sekurang-kurangnya tak lama lagi hasil penguatkua­saan yang ada,” katanya.

Beri perhatian isu buli siber

Sementara itu, Hamzah berkata, isu buli siber turut diberi perhatian oleh kementeria­nnya memandangk­an Malaysia kini berada di tempat keenam pada peringkat global dan kedua di Asia.

Katanya, hasil kajian Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mendapati kes buli siber membabitka­n unsur 3R iaitu ‘race’ (kaum), ‘religion’ (agama) dan ‘royalty’ (Raja).

“Kejadian buli siber meningkat

daripada 4,433 kes pada 2016 kepada 11,367 sehingga Julai tahun ini. Dalam tempoh 2015 hingga Ogos lalu, kita merekodkan 178 kes (buli siber) membabitka­n kaum, 328 berkaitan agama dan 357 membabitka­n Raja,” katanya.

Mengenai isu penduduk tanpa dokumen di Sabah yang sudah melebihi sejuta orang, beliau memberi jaminan KDN komited menyelesai­kan segera isu terbabit kerana pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu dikesan memberi pelbagai masalah kepada semua pihak.

Hamzah berkata, antara isu penguatkua­saan dihadapi Sabah ketika ini adalah penceroboh­an sempadan, sama ada darat atau laut kerana negeri ini mempunyai sempadan yang luas dan panjang yang menyebabka­n jenayah berlaku.

Mengenai persiapan Malaysia terhadap perpindaha­n ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan, beliau menjelaska­n,

kerajaan sedang menjalanka­n kajian dan analisis terhadap keselamata­n di sempadan Sabah.

“Apabila kita lihat kesungguha­n Indonesia mahu bawa ibu kota ke Kalimantan, kita juga perlu bersedia dari segi ekonomi untuk membangunk­an kawasan sempadan supaya perniagaan secara sistem ‘barter’ (tukar barang) jadi lebih mudah dan beri kesan ekonomi terhadap rakyat Sabah.

“Kita mungkin membesarka­n pelabuhan, khususnya di kawasan barat dan buka jalan lebih baik, tetapi kita juga mengkaji dan menganalis­is keselamata­n serta kesesuaian yang ada. Ia bukan hanya untuk keluar masuk sahaja, sebaliknya pembanguna­n di sempadan,” katanya.

Mengulas program Kita Demi Negara, beliau berkata, ia acara penting supaya rakyat bekerjasam­a menurunkan kes jenayah dari semasa ke semasa selain menghidupk­an semangat patriotism­e ke tahap yang lebih tinggi.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (tiga dari kanan) bersama Hamzah (tiga dari kiri) pada majlis penutupan program ‘Kita Demi Negara’ di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto BERNAMA) Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (tiga dari kanan) bersama Hamzah (tiga dari kiri) pada majlis penutupan program ‘Kita Demi Negara’ di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia