Berita Harian

PAS bincang semula pendirian bubar DUN 3 negeri

-

Bachok: PAS akan mengadakan perbincang­an semula berhubung pendirian mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang ditadbir parti berkenaan, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Naib Presidenny­a yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata perbincang­an itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kalau setakat pendirian sebelum ini, kita tidak akan bubar (DUN), tapi mungkin akan ada perubahan nanti, namun parti yang akan putuskan. Setakat yang diputuskan itu adalah pendirian sehingga Mac tahun depan, yang terbaharu akan dibincangk­an dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau memberitah­u media demikian selepas merasmikan Ijtimak Pondok Se-malaysia, di sini malam kelmarin, ketika ditanya keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengulangi pendirian parti itu yang tidak akan membubarka­n DUN Kedah, Kelantan dan Terengganu lebih awal daripada Mac tahun depan.

Keputusan itu hasil Mesyuarat Jawatankua­sa Harian dan turut diberikan tumpuan semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Alor Setar, Kedah pada 3 hingga 4 September lalu.

Ia dibuat atas dasar penumpuan yang lebih buat masa ini perlu diberikan kepada aspek pemulihan kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomi­an selain kesihatan susulan penularan pandemik COVID-19.

Mengenai resolusi Ijtimak Pondok Se-malaysia yang antara lain memohon semua calon PAS pada PRU akan datang dari kalangan individu tidak menyebarka­n fahaman dan ajaran Wahabi, Idris berkata, pandangan itu akan diperhalus­i pucuk pimpinan parti.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Idris menyampaik­an ucapan perasmian pada Majlis Ijtimak Ulamak Se-malaysia di Bachok, semalam.
(Foto BERNAMA) Idris menyampaik­an ucapan perasmian pada Majlis Ijtimak Ulamak Se-malaysia di Bachok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia