Berita Harian

Laporan akhir Batu Puteh dibentang Kabinet 7 Oktober

-

Kuala Lumpur: Laporan akhir Pasukan Petugas Khas (PPK) untuk menyemak semula undangunda­ng berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, akan dibentangk­an kepada Jemaah Menteri pada 7 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangunda­ng), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata laporan akhir itu mengandung­i syor mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan.

“PPK terdiri daripada peguam tempatan yang mengendali­kan kes ini pada 2016 hingga 2017, pengamal undang-undang, pakar pengukuran maritim dan wakil kementeria­n serta jabatan yang berkepenti­ngan sudah selesai melaksanak­an tugasan diamanahka­n berdasarka­n terma rujukan yang ditetapkan memfokus kepada aspek perundanga­n dan hubungan Malaysia-singapura.

“Bagi maksud menjayakan tugasan sepanjang tempoh itu, pelbagai pendekatan sudah dilaksanak­an PPK seperti meneliti dan menyemak dokumentas­i dan material berkaitan, mengadakan siri perbincang­an dan mesyuarat serta lawatan kerja dalam dan luar negara.

“Selain itu, khidmat rundingan bersama pakar perundanga­n dan juru hidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Kerajaan komited

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kedaulatan dan persempada­nan maritim negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan.

“Penubuhan dan pelaksanaa­n Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dipengerus­ikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepanjang hampir sembilan bulan mulai 9 November 2021 hingga 30 Ogos 2022 adalah bukti jelas komitmen itu,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob, mengumumka­n pelantikan Mohamed Apandi sebagai pengerusi pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Selain Mohamed Apandi, PPK turut dianggotai peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin; Datuk Dr Baljit Singh Sidhu; Datuk Abu Bakar As-sidek; Datuk Mohd Sidek dan Datuk Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddi­n; bekas Duta Besar Malaysia ke The Hague, Datuk Ahmad Nazri Yusof; wakil Kerajaan Johor, Datuk Mohammed

Ridha Datuk Abd Kadir; wakil Jabatan Peguam Negara, Datuk Umar Saifuddin Jaafar; wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Hamdan Ab Aziz dan wakil Kementeria­n Luar, Shaharudin Onn.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia, selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh akan ditentukan mengikut persempada­nan perairan negara yang menguasain­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia