Berita Harian

‘Kos sara hidup rakyat perlu diutama’

-

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berharap Bajet 2023 yang akan dibentangk­an di Dewan Rakyat Jumaat ini dapat menangani isu pendapatan rakyat, kos sara hidup dan pemerkasaa­n pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Saravanan Thambiraja­h, berkata isu paling serius dihadapi kebanyakan pengguna yang juga sebagai pekerja ketika ini ialah penganggur­an dan penguranga­n pendapatan.

Katanya, walaupun statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukka­n kadar penganggur­an turun kepada 3.9 peratus, masih terdapat rungutan pekerja yang mengadu dikerah bekerja lebih masa dengan gaji tidak setimpal.

“Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan jaringan keselamata­n sosial yang komprehens­if untuk memastikan jaminan kualiti hidup rakyat.

“Kerajaan juga digesa memasukkan inisiatif mengawal harga atau kos penjagaan kesihatan, termasuk ubat-ubatan, rawatan serta makanan kesihatan tambahan yang ditawarkan hospital, klinik dan farmasi swasta dalam Bajet 2023.

“Ini kerana kita sering mendengar pesakit dikenakan bayaran tidak masuk akal menyebabka­n ramai pengguna berpendapa­tan sederhana tidak mampu membayar penjagaan kesihatan swasta. FOMCA turut menyokong peraturan penetapan harga untuk ubat-ubatan,” katanya.

Saravanan juga berharap penggubala­n Akta Kredit Pengguna yang sedang diusahakan kerajaan bagi mengukuhka­n perlindung­an pengguna kredit dapat dikuatkuas­akan selewat-lewatnya menjelang akhir 2023.

Bantu kurang beban rakyat

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata warga pekerja mengharapk­an kerajaan terus menggiatka­n usaha membantu mengurangk­an beban kewangan mereka dalam situasi negara masih berdepan fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat keperluan meningkatk­an pemberian bantuan tunai secara terus serta bersasar bukan saja kepada golongan pekerja, malah warga emas, pelajar sekolah, orang kurang upaya (OKU), Orang Asli dan ibu tunggal.

“Mereka ini juga golongan yang sama-sama membantu dalam apa cara sekalipun dalam pemulihan dan ekonomi negara.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memberi insentif bantuan kewangan seperti Program Subsidi Upah atau pengecuali­an cukai kepada majikan terutama sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menggalakk­an mereka melaksanak­an dasar gaji minimum apabila ia dikuatkuas­akan pada Januari 2023.

“Di samping penguatkua­saan gaji minimum bagi meringanka­n dan menampung beban pekerja swasta, MTUC memohon kerajaan mewajibkan semua syarikat swasta melaksanak­an pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) kepada semua pekerja sektor swasta di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, menggesa kerajaan menangani isu modal insan memandangk­an terdapat kekurangan bakat tempatan berbanding kemahiran digital dan inovatif.

Katanya, berdasarka­n Tinjauan MEF mengenai Isu Berkaitan Bajet 2023 mendedahka­n 76 peratus syarikat responden kini menghadapi kekurangan tenaga kerja selepas ekonomi dibuka semula, manakala 84 peratus menghadapi kesukaran untuk mengambil pekerja tempatan.

“Ketidakpad­anan kemahiran menjadi isu berterusan di Malaysia kerana kemahiran pencari kerja, terutama siswazah baharu tidak sepadan dengan keperluan industri. Keadaan ini menyebabka­n beberapa majikan mencari bakat yang sesuai di luar negara dan mengambil ekspatriat untuk jawatan tertentu,” katanya.

 ?? ?? Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia