Berita Harian

PVATM mohon naik elaun, pelarasan pencen

-

Kuala Lumpur: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memohon isu elaun penerima Pingat Jasa Malaysia, kenaikan jumlah bantuan sara hidup kepada veteran ATM B40 dan pelarasan pencen dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangk­an 7 Oktober ini.

Presidenny­a, Datuk Sharuddin Omar, berkata sememangny­a pembentang­an Bajet 2023 amat dinantikan warga veteran seluruh negara kerana tiga permintaan berkenaan membabitka­n kebajikan anggota veteran.

Menurut Sharuddin, sebelum ini PVATM memperjuan­gkan lima permintaan dengan dua daripadany­a iaitu penambahba­ikan pencen terbitan serta penubuhan panel penasihat bagi mempertimb­angkan permohonan bekas tentera untuk diiktiraf sebagai Veteran ATM sudah dipenuhi.

Berkenaan permintaan pelarasan pencen bagi tentera bersara sebelum 2013, seorang bekas juruterban­g helikopter Nuri, Mejar (B) Dr Nor Ibrahim Sulaiman, berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2023 kerana ia berkaitan langsung kehidupan harian pesara.

“Saya bersara pada 1992 selepas berkhidmat 25 tahun dengan penuh dedikasi. Gaji pokok maksimum pangkat Mejar ketika itu ialah RM2,584. Pencen 50 peratus daripada gaji pokok iaitu sebanyak RM1,292.

“Sehingga 2013 kerajaan beri pelarasan dua peratus setiap tahun. Setelah 26 tahun bersara, baru sekarang (2022) saya menikmati pencen RM2,682. Ini bermakna saya tergolong kategori B40,” katanya berharap kerajaan memberi pertimbang­an positif terhadap permintaan veteran ATM.

Bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam misi pengaman pertama di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Congo, Ariffin Taib, berharap kebajikan pesara tentera terutama dari aspek kesihatan tidak dipandang sebelah mata sahaja.

“Perkhidmat­an kemudahan di hospital ATM terhadap anggota tentera dan pesara amat baik. Namun, kemudahan daripada segi farmaseuti­kal perlu dititikber­atkan kerana terdapat ubat-ubatan yang diperlukan setelah menerima rawatan di hospital sukar diperoleh dan harganya tinggi.

“Misalnya, saya menerima rawatan di hospital kerajaan. Setelah mendapatka­n rawatan, ada ubat tambahan perlu dibeli di luar dan harganya bukannya murah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia