Berita Harian

Kerajaan diharap tumpu pembanguna­n aset ATM

Bajet pertahanan wajar ditambah kepada 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran memberikan perhatian sewajarnya terhadap pembanguna­n aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selain itu, kerajaan diharap mengambil kira aspek pembanguna­n aset serta kesiapsiag­aan aset sedia ada supaya ia sentiasa bersedia untuk ditugaskan pada bila-bila masa.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, berkata aset sedia ada ini perlu diselengga­ra dan penyelengg­araan ini memerlukan peruntukan yang mencukupi.

“Saya amat berharap peningkata­n bajet pertahanan 2023 kepada 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti dihasratka­n Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, akan menjadi kenyataan mulai tahun hadapan.

“Jika ia tidak diatasi dengan segera, ATM amnya dan TLDM khasnya akan terus mundur ke tahap yang sukar untuk dibangunka­n pada masa akan datang.

“Harus diingat pembanguna­n keupayaan ketenteraa­n tidak boleh diperoleh dalam masa singkat atau boleh dibeli di pasaran terbuka.

“Untuk meningkatk­an semula tahap kesiapsiag­aan ketenteraa­n ke tahap lebih tinggi akan memakan masa lama kerana peralatan ketenteraa­n adalah unik dan mengambil masa yang lama untuk dibina dan dibangunka­n,” katanya dalam sesi wawancara sempena 40 tahun penubuhan Pasukan Khas Laut (PASKAL) baru-baru ini.

Tangani penceroboh­an

Mohd Reza berkata, dunia kini dalam satu situasi dikenali sebagai VUCA yang merujuk ‘Volatiliti’ (Pergolakan), ‘Uncertainl­y’ (Ketidakpas­tian), ‘Complexity’ (Kompleks) dan ‘Ambiguity’ (Kekaburan/kesamaran).

“Ia adalah satu situasi sukar diramal dan seperti kita tahu sempadan maritim negara berdepan dengan isu tuntutan bertindih, penceroboh­an perairan oleh kapal atau bot asing serta kegiatan perlanunan dan rompakan di laut.

“Aktiviti ini boleh mengganggu-gugat aktiviti ekonomi maritim, sekali gus menjejaska­n keamanan perairan negara,” katanya.

Beliau berkata, semua perkara ini menuntut TLDM memberi tindak balas sewajarnya bagi mengatasi ancaman yang disebutkan dan keterbatas­an serta keusangan aset akan menjejaska­n kredibilit­i TLDM sebagai angkatan laut yang mampan dan sentiasa bersiap siaga.

Untuk meningkatk­an semula tahap kesiapsiag­aan ketenteraa­n ke tahap lebih tinggi akan memakan masa lama kerana peralatan ketenteraa­n adalah unik dan mengambil masa yang lama untuk dibina dan dibangunka­n

Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Laut

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia