Berita Harian

Tuduhan Guan Eng mainan politik DAP menjelang PRU-15

Tindakan Lim Guan Eng menyenarai­kan 10 menteri gagal menjalanka­n tugas ibarat mengata dulang paku serpih Dakwaan kerajaan memerintah sekarang akan bankrap, menteri tidak menunjukka­n pencapaian diharapkan boleh disifatkan sebagai tuduhan liar berniat jahat

- Oleh Datuk Dr Ismail Sualman bhrencana@bh.com.my

Saranan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan terhadap kegagalan 10 menteri Kabinetnya dalam melaksanak­an tugas, ibarat ‘mengata dulang paku serpih.’ Hakikatnya, Guan Eng sendiri pernah didakwa gagal ketika menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Ahli Parlimen Bagan itu pernah didakwa sebagai Menteri Kewangan yang menimbulka­n suasana tidak kondusif, menjadi antara punca kejatuhan nilai ringgit, saham di Bursa Malaysia dan kekurangan pelaburan ke negara ini.

Aliran keluar dana asing juga berterusan turut berlaku ketika PH menjadi kerajaan lantaran Menteri Kewangan ketika itu mengeluark­an kenyataan tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebabka­n nilai ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Umum pasti masih ingat Guan Eng sebagai Menteri Kewangan menjawab persoalan dibangkitk­an Ahli Dewan Rakyat di Parlimen dilihat tidak meyakinkan, menyatakan fakta dan angka mengeliruk­an.

Buktinya, Guan Eng terpaksa membuat pembetulan berhubung jumlah wang sedia ada dalam tabung bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM1.486 bilion yang diumumkan sebelum itu sebenarnya adalah RM148.6 juta, sambil menjelaska­n kesilapan itu ‘kesalahan tidak sengaja’ daripada pegawainya salah meletakkan titik perpuluhan.

Apabila beliau menyenarai­kan 10 menteri di bawah pentadbira­n Ismail Sabri disifatkan­nya gagal menjalanka­n tugas, ia sebenarnya boleh ditafsirka­n mendedahka­n rasa cemburu serta kebimbanga­nnya terhadap pencapaian kerajaan ketika ini.

Untuk rekod, Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM123.3 bilion (AS$28.0 bilion) dalam sektor utama, perkilanga­n dan perkhidmat­an merangkumi 1,714 projek sejak Januari hingga Jun lalu, termasuk membuka 57,771 peluang pekerjaan.

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataan menjelaska­n pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama, iaitu pada 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (AS$19.9 bilion), manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 29.1 peratus berjumlah RM35.9 bilion (AS$8.2 bilion).

Dalam tempoh ini, sektor perkhidmat­an memainkan peranan penting dalam pemacuan pemulihan ekonomi negara, menyumbang 63.3 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan atau RM78.0 bilion membabitka­n 1,351 projek.

Ia merekodkan kenaikan 48.8 peratus berbanding RM52.4 bilion (AS$12.6 bilion) dalam nilai pelaburan bagi tempoh enam bulan pertama tahun sebelumnya.

Sementara itu, sebanyak 22,569 pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam sektor perkhidmat­an bagi 2022. Dalam mengekalka­n momentum ini, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan terus mengukuhka­n daya saing negara.

Ia dilaksanak­an melalui pembanguna­n ekonomi kompleks, memupuk ekosistem perindustr­ian kukuh dengan intensiti inovasi, meningkatk­an keterangku­man dengan mewujudkan pekerjaan berpendapa­tan tinggi termasuk mempromosi­kan peluang untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan serantau dan global.

Kerajaan fokus sektor baharu

Dipacu oleh aspirasi pelaburan nasional, kerajaan sekarang mempergiat­kan fokus ke arah sektor baharu seperti ekonomi digital, elektrik dan elektronik, farmaseuti­kal, kimia serta aeroangkas­a yang mempunyai potensi ekonomi signifikan dan pertumbuha­n jangka panjang mampan.

Perlu diakui, kerajaan yang memerintah sekarang adalah kelangsung­an daripada dua kerajaan sebelum ini, iaitu PH dan Perikatan Nasional (PN). Sudah tentu banyak dasar dan juga penyelaras­an perlu dibuat kerana agenda berbeza perlu dibereskan dahulu.

Kabinet sekarang adalah ‘kumpulan ketiga’ dilantik sejak 2018 dan baru memegang jawatan sebagai menteri dalam tempoh setahun. Maka tidak adil menentukan ‘gred’ kepada mereka kerana dalam tempoh singkat dan perlu mengambil masa untuk menyelaras dan menyesuaik­an portfolio serta bidang tugas menteri terdahulu.

Memang mudah untuk menuding jari mencari kesalahan orang lain untuk mendapatka­n laba politik. Sedangkan hakikatnya tempoh 22 bulan pemerintah­an PH dulu banyak janji tidak ditunaikan seperti dicanangka­n dalam manifesto terutama dalam tempoh 100 hari selepas memegang tampuk pemerintah­an. Rakyat menjadi saksi atas kegagalan ini.

Lebih memeritkan lagi, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengakui manifesto PH pada PRU-14 bukan ‘kitab suci’ yang tidak wajib ditunaikan pada manifeston­ya.

Dalam menyukat dan menapis pemerintah­an PH, pakatan sebenarnya turut bertanggun­gjawab dalam isu kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ia melalui tiga episod pemerintah­an bermula pada 2014 hingga 2017, membabitka­n 44 peratus projek berjalan, kemudian pada 2018 ditangguhk­an kerajaan PH ketika itu.

Pada 2019, projek itu disambung kembali namun negara berhadapan COVID-19 pada 2020 hingga 2021 menyebabka­n projek terhenti sekali lagi. Pada 2022 projek ini disambung kembali dan timbul isu kelewatan seperti yang viral sekarang.

Namun perlu diingatkan episod ini membabitka­n tiga menteri berbeza. Kenapa pula tidak dipersalah­kan Menteri Pertahanan kerajaan PH (Mohamad Sabu) yang menangguhk­an projek ini sekali gus menyebabka­n kelewatan sehingga sekarang.

Guan Eng pada prinsipnya patut mempunyai maklumat berhubung projek berkenaan kerana menjadi Menteri Kewangan ketika itu. Persoalan prosedur, kekangan kewangan dek kerana COVID-19 dan pengurusan kewangan perlu dilakukan dengan teliti yang mengundang kelewatan.

Sebenarnya banyak ‘kisah kejayaan’ dilaksanak­an menteri dalam kerajaan atau Kabinet lantikan Ismail Sabri ini. Jelas, kenyataan memperleke­h menteri dibangkitk­an Guan Eng sekadar permainan politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Hakikatnya menteri dalam Kabinet sekarang komited memastikan dasar dan pertumbuha­n ekonomi negara berjalan lancar mengikut perancanga­n serta jangka masa ditetapkan termasuk memastikan Bajet 2023 menyediaka­n peruntukan sewajarnya bagi menjayakan wasasan mereka.

Tuduhan kerajaan sekarang akan bankrap dan menteri tidak menunjukka­n pencapaian diharapkan boleh disifatkan sebagai tuduhan liar berniat jahat untuk menjatuhka­n reputasi, prestasi serta imej kerajaan, Ismail Sabri dan barisan Kabinet kerajaan semata-mata.

Umum masih ingat Guan Eng sebagai Menteri Kewangan menjawab persoalan dibangkitk­an Ahli Dewan Rakyat di Parlimen dilihat tidak meyakinkan, menyatakan fakta dan angka mengeliruk­an

Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

 ?? ?? Penganalis­is politik merangkap Profesor di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UITM)
Penganalis­is politik merangkap Profesor di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UITM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia