Berita Harian

Sistem pencen mampan beri keselesaan warga emas

- Oleh Puteri Marjan Megat Muzafar dan Jarud Romadan Khalidi bhrencana@bh.com.my

Sambutan Hari Warga Emas Antarabang­sa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDOP) diraikan pada 1 Oktober setiap tahun bertujuan meningkatk­an kesedaran isu dihadapi warga emas serta meraikan sumbangan mereka.

Tema dipilih UNIDOP tahun ini adalah ‘Ketahanan Warga Emas dalam Dunia Berubah’ menekankan keperluan untuk mengukuh ketahanan warga emas terutama dalam tempoh pasca pandemik COVID-19.

Memandangk­an Malaysia sudah mencapai status ‘negara menua’ dan akan menjadi ‘negara tua’ menjelang 2044, mustahak untuk negara memantapka­n sistem perlindung­an sosial warga emas supaya golongan ini dapat menikmati hidup selesa dan bermaruah.

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rakyat Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM600,000 untuk bersara dengan selesa di Kuala Lumpur selepas mengambil kira kenaikan harga, kos rawatan biasa dan keperluan lain.

Namun, hanya empat peratus daripada pencarum KWSP mampu bersara dengan mempunyai sekurang-kurangnya RM600,000 dalam simpanan.

Lebih kurang separuh daripada pencarum berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Sementara itu, 61 peratus rakyat dalam umur bekerja tidak mencarum ke dalam tabung persaraan dan tidak mempunyai jaminan pendapatan hari tua.

Mereka yang tersisih daripada semua skim persaraan dirujuk sebagai ‘golongan pertengaha­n tercicir’, tidak cukup miskin mendapat bantuan kebajikan, bukan pekerja kerajaan dan pekerja sendiri tanpa majikan yang boleh membantu mencarum KWSP.

Golongan ini termasuk individu bekerja sendiri, pekerja gig, peniaga kecil dan pekerja pertanian serta mereka di luar pasaran buruh seperti suri rumah dan orang kurang upaya (OKU).

Syor tingkat umur persaraan

Bank Dunia menyaranka­n meningkatk­an umur persaraan bagi memastikan warga emas mampu menjana pendapatan dan menyimpan. Bagaimanap­un, masih terdapat kekangan dengan saranan ini.

Rakyat Malaysia kini mungkin hidup lebih lama, namun tidak semestinya dalam keadaan sihat. Justeru, tidak semua orang mampu bekerja pada usia emas.

Pencen insurans sosial (SIP) adalah model mampan wajar dipertimba­ngkan kerajaan untuk menjamin pendapatan bagi warga emas. Dalam model ini, setiap orang menyumbang sejumlah kecil pendapatan mereka secara konsisten kepada dana ini sejak awal dan sepanjang mereka bekerja.

Bagi yang tidak mampu mencarum, kerajaan harus membantu mencarum bagi memastikan kesinambun­gan caruman. Kaedah ini memberi masa untuk dana kolektif ini berkembang.

Selepas umur persaraan dicapai, pencarum boleh meraih manfaat dan menerima pencen asas bulanan seumur hidup. Pendapatan ini boleh digunakan untuk menampung keperluan asas.

Ada juga mengesyork­an model lain iaitu pencen sosial yang dibiayai cukai. Model ini sebenarnya sudah dilaksanak­an di Malaysia, tetapi pada skala kecil dalam bentuk Bantuan Warga Emas (BWE) untuk golongan miskin.

Maka, langkah seterusnya adalah membesarka­n skim BWE menjadi skim pencen sosial. Bagaimanap­un, cadangan ini menelan kos besar.

Malaysia pada asasnya masih berpeluang membuat persiapan lanjut menghadapi penuaan penduduk jika bermula awal membina dana kolektif dengan penyertaan kohort umur bekerja baharu.

SIP adalah antara langkah boleh diambil untuk membangunk­an sistem pencen mampan dan saksama di Malaysia serta memberi jaminan pendapatan pada hari tua. Walaupun SIP hanya boleh membuahkan hasil pada masa depan, benih perubahan mesti disemai sekarang.

 ?? ??
 ?? ?? Penyelidik Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI)
Penyelidik Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia