Berita Harian

Kerjasama pengurusan sekolah, ibu bapa banteras jenayah culik

- Oleh Rafizah Mohd Noor bhrencana@bh.com.my

Jenayah culik dan kanak-kanak hilang adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu bapa. Membayangk­an kejadian culik itu sahaja boleh mengundang serangan panik.

Lantaran itu, penularan berita kanakkanak sekolah di Kelantan diculik secara meluas menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook mencetuska­n ketakutan dan keresahan dalam kalangan ibu bapa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, menafikan kejadian culik itu dan menggesa orang ramai menghentik­an penyebaran berita palsu serta-merta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rahimi Md Isa, juga mengingatk­an orang ramai tidak menyebarka­n isu keselamata­n tanpa fakta sebenar kerana boleh menyebabka­n kerisauan ibu bapa.

Penafian ini sedikit sebanyak melegakan perasaan ibu bapa. Bagaimanap­un, memberi perhatian kepada perkara ini juga adalah wajar kerana jenayah culik membabitka­n kanak-kanak pernah berlaku di negara ini.

Kes kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar misalnya sehingga hari ini tidak menemui sebarang jawapan walaupun selepas 14 tahun berlalu.

Mangsa dipercayai diculik ‘lelaki kucing’. Namun, sehingga kini masih belum dijumpai. Tragedi menimpa adik Nurul Jazlin Jazimin juga masih segar dalam ingatan.

Nurul Jazlin dipercayai hilang akibat diculik dan selepas 27 hari mayatnya ditemui dalam keadaan memilukan. Kes berpofil tinggi ini mengusik emosi rakyat dan menuntut ia perlu dibanteras sebaiknya.

Walaupun kes tular berkaitan penculikan kanak-kanak sekolah tersebar itu berita palsu, namun komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes ini wajar dipuji.

PDRM mengarahka­n Ketua Polis Daerah membuat dan meningkatk­an rondaan di kawasan sekolah terutama pada waktu tamat persekolah­an. Kelibat kereta peronda dapat dilihat di kawasan sekolah dan diharapkan ia diteruskan pada masa akan datang.

Selain PDRM, sinergi di antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam membantera­s jenayah culik, terutama di pekarangan sekolah amat diperlukan.

Pasang CCTV di pekarangan sekolah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu melakukan sesuatu demi keselamata­n anak-anak. Yuran PIBG yang selama ini banyak digunakan untuk aktiviti keceriaan sekolah dan pembanguna­n pelajar wajar disalurkan kepada aspek keselamata­n pelajar.

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di pekarangan sekolah perlu diwajibkan bagi mencegah penculikan. Sekiranya berlaku juga penculikan, rakaman CCTV memudahkan PDRM mengesan penjenayah.

Usaha ini sedikit sebanyak dapat meminimumk­an risiko penculikan kanak-kanak di kawasan sekolah. Selain itu, sekolah juga wajar meningkatk­an kawalan keselamata­n pelajar dengan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti pandemik COVID-19 menular, terutama pada waktu pelajar pulang.

SOP terbabit melarang ibu bapa dan orang ramai memasuki pekarangan sekolah dan hanya boleh berada di luar pagar. Pelajar pula hanya dibenarkan beredar apabila ibu bapa atau penjaga mereka muncul.

Ibu bapa juga perlu memberi pendedahan kepada anak berkaitan kejadian culik. Pesanan seperti tunggu sehingga ibu bapa ambil di sekolah, tidak berjalan berseorang­an, tidak mengikut orang tidak dikenali, tidak mengambil gula-gula atau hadiah daripada orang dikenali perlu disemat di dalam pemikiran anak.

Selain itu penting untuk memastikan anak tahu nama mereka, alamat rumah, nombor telefon ibu bapa dan nombor telefon talian kecemasan 999.

Ibu bapa juga wajar menghantar anak ke kelas pertahanan diri supaya anak dapat bertindak pantas melindungi diri mereka daripada bahaya, termasuk jenayah culik.

Justeru, sinergi antara pihak sekolah dan ibu bapa diharapkan dapat membantera­s jenayah culik di negara ini.

Masyarakat yang cakna dan saling membantu dapat mengecilka­n ruang berlakunya kejadian jenayah dan seterusnya menjadikan Malaysia negara aman dan selamat untuk pelajar sekolah.

Masyarakat yang cakna dan saling membantu dapat mengecilka­n ruang berlakunya kejadian jenayah culik

 ?? Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Pahang, Kampus Raub ??
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Pahang, Kampus Raub

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia