Berita Harian

Kerajaan perlu sedia peruntukan besar urus kelestaria­n alam sekitar

Kelestaria­n alam sekitar perlu dinyatakan secara jelas dan tersendiri di dalam Bajet 2023 tanpa diletak atau dirangkum bersama sektor lain Bajet 2023 tidak harus meminggirk­an aspek penjagaan dan kelestaria­n alam sekitar dalam mengimbang­i perkembang­an ekon

- Oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman bhrencana@bh.com.my

Pada kebiasaann­ya, pembentang­an bajet tahunan kerajaan menumpukan kepada aspek pengukuhan ekonomi negara, menjana pertumbuha­n perniagaan domestik dan paling penting meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat.

Dalam tempoh dua tahun kebelakang­an ini, bajet dibentangk­an kerajaan menjurus ke arah pemulihan ekonomi negara dan memastikan kehidupan rakyat lebih terjamin akibat penularan pandemik COVID-19.

Setakat ini, lebih 30 cadangan dikemukaka­n kepada Majlis Konsultasi Bajet 2023 yang menyentuh aspek kehidupan rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan.

Menurut Kementeria­n Kewangan (MOF), antara topik utama diberi penekanan pada bajet tahun depan adalah menangani peningkata­n kos sara hidup rakyat, pembanguna­n industri pertanian, penjagaan kesihatan awam, pelaksanaa­n subsidi bersasar dan meningkatk­an kerjasama sektor awam, swasta dan sosial ke arah mensejahte­rakan Keluarga Malaysia.

Ternyata fokus utama Bajet 2023 masih lagi berteraska­n kesejahter­aan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat. Ini termasuk penekanan terhadap aspek penjagaan kesihatan awam merangkumi perlindung­an dan pemelihara­an persekitar­an.

Namun, aspek kelestaria­n alam sekitar juga tidak boleh diabaikan dalam pembentang­an Bajet 2023 nanti. Kelestaria­n alam sekitar perlu dinyatakan secara jelas dan tersendiri tanpa diletak atau dirangkum bersama sektor lain.

Kerajaan wajar meletakkan keutamaan terhadap pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar negara di dalam Bajet 2023, sejajar penekanan terhadap kepentinga­n ekonomi dan pembanguna­n.

Hal ini selaras dengan pewartaan beberapa dasar utama ke arah Malaysia lebih lestari dan sejahtera termasukla­h Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara, Dasar Kepelbagai­an Biologi Negara dan terbaru, Dasar Tenaga Negara di samping pelaburan ke arah teknologi hijau dan tenaga diperbahar­ui.

Tindakan jitu ini sangat dituntut kerana ia menunjukka­n komitmen penuh dan padu kerajaan meningkatk­an keterangku­man sosial dan kelestaria­n alam sekitar negara.

Tambahan pula, Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menerusi dokumen Laporan Pembanguna­n Manusia 1994 menjelaska­n terdapat tujuh elemen dikategori­kan sebagai dimensi baharu keselamata­n manusia.

Ia merangkumi aspek keselamata­n ekonomi, makanan, kesihatan, alam sekitar, peribadi, komuniti dan politik.

Jamin kualiti hidup manusia

Ketujuh-tujuh elemen ini saling berkait rapat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ia juga mempunyai hubungan berbentuk ‘sebab dan akibat’ antara satu sama lain seperti kekurangan sumber air (keselamata­n alam sekitar) boleh menjejaska­n bekalan air bersih yang memberi kesan kepada kualiti hidup dan kesejahter­aan kesihatan manusia sejagat.

Tindakan ini mampu menonjol dan melonjak usaha bersungguh-sungguh Malaysia dalam isu penjagaan alam sekitar di persada antarabang­sa untuk mencapai sasaran ditetapkan di bawah Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG), khususnya menangani impak perubahan iklim kepada penguranga­n pelepasan gas rumah hijau.

Bagi mencapai ke arah pembanguna­n inklusif dan mampan juga, kepentinga­n terhadap alam sekitar tidak boleh dipandang remeh kerajaan.

Semua ini menuntut agenda pembanguna­n hijau diberi penekanan bagi memastikan perancanga­n pembanguna­n negara mengambil kira kelestaria­n alam sekitar.

Oleh itu, aspek pembanguna­n seperti ekonomi, peningkata­n pendapatan rakyat, perpaduan, keselamata­n dan kesihatan persekitar­an antara agenda perlu diangkat kerajaan.

Lantaran itu, kerajaan ‘berbelanja besar’ bagi menangani pelbagai aspek pengabaian, pencemaran dan kemusnahan alam sekitar pihak tertentu.

Maka, aspek pendidikan alam sekitar bagi membangkit kesedaran berterusan masyarakat terhadap usaha melestari alam sekitar juga memerlukan peruntukan bukan sedikit.

Namun, usaha ini sangat penting supaya pada masa hadapan, kesedaran tinggi masyarakat dalam melindungi alam sekitar kelak menjadi faktor kerajaan tidak perlu memperuntu­kkan kos tinggi bagi membaik pulih alam sekitar yang terjejas dan tercemar. Sebagai contoh, pada 2021, pembersiha­n Sungai Semenyih membabitka­n kos pembersiha­n RM8 juta, manakala pencemaran Sungai Kim Kim pula membabitka­n kos RM6 juta.

Kos tinggi tangani bencana

Sementara itu, negara turut terdedah dengan ancaman bencana alam ekstrem seperti tanah runtuh, banjir, angin kencang dan kemarau. Semua ini menelan kos tinggi untuk dibaik pulih, dirawat dan membantu mangsa kehilangan harta benda dan nyawa ahli keluarga.

Kerosakan harta dan kemudahan komuniti disebabkan banjir juga meningkatk­an kos kerugian kepada kerajaan dan pada masa sama boleh memberi kesan relatif terhadap ekonomi negara.

Bencana banjir seperti melanda Lembah Klang pada 18 Disember 2021 dianggar menyebabka­n kerugian sekurang-kurangnya RM20 bilion.

Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) menganggar­kan memerlukan peruntukan sebanyak RM392 bilion sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah banjir di negara ini sehingga 2100. Maka kerajaan perlu memberi perhatian khusus terhadap aspek ini dalam penyediaan Bajet 2023.

Pada Bajet 2021, MOF mencadangk­an peruntukan sejumlah RM4.172 bilion untuk melestarik­an alam sekitar dan air. Peruntukan kepada KASA ini meningkat 20.09 peratus berbanding peruntukan tahun 2020.

Pada Bajet 2022 pula, kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM450 juta bagi pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar serta biodiversi­ti dan penerbitan Sukuk Kelestaria­n bernilai RM10 bilion bagi mencapai strategi pembanguna­n mampan negara.

Antara inisiatif tumpuan adalah projek pemelihara­an alam seperti Penang Hill Biosphere Reserve dan Tasik Chini Reserve serta projek pemulihara­an alam menangani hakisan pantai di Pantai Merdeka di Kedah, mengatasi banjir di Melaka dan pemberian bantuan kos meningkatk­an pembiakan Harimau Malaya serta Kempen Penanaman 100 juta Pokok.

Sementara itu, krisis perubahan iklim dijangka memberi kesan serius terhadap kesejahter­aan hidup rakyat menyebabka­n kerajaan perlu mengambil langkah awal memastikan kesiapsiag­aan sepenuhnya dan infrastruk­tur lengkap bagi menghadapi fenomena ini bagi meminimumk­an pelbagai kos berkaitan.

Justeru, Bajet 2023 yang akan dibentang pada 7 Oktober ini tidak harus meminggirk­an aspek penjagaan dan kelestaria­n alam sekitar dalam mengimbang­i perkembang­an ekonomi dengan kesejahter­aan alam sekitar. Apatah lagi penjagaan alam sekitar adalah mustahak bagi memastikan kesihatan dan keselesaan masyarakat terjamin.

 ?? ??
 ?? ?? Institut Pengajian Sains Sosial/ Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Institut Pengajian Sains Sosial/ Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia