Berita Harian

Mesyuarat Parlimen tumpu pembentang­an RUU

-

Kuala Lumpur: Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang bermula hari ini, menjadi tumpuan di sebalik persoalan yang terus berlegar dalam kalangan orang ramai, sama ada persidanga­n selama 32 hari itu dapat disempurna­kan mengikut jadual asal atau terpaksa dihentikan lebih awal.

Ini selepas spekulasi bertiup kencang dan terus hangat diperkatak­an bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat dan jika benar, menyaksika­n persidanga­n Dewan Rakyat kali ini tidak akan berjalan mengikut takwim ditetapkan.

Pembubaran itu jika berlaku, akan mengulangi sejarah negara, apabila Parlimen ke-19 dibubarkan ketika mesyuarat Dewan Rakyat berlangsun­g serta sebelum Belanjawan 2000 diluluskan pada November 1999.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, sebelum ini menjelaska­n, jika situasi sama berulang, Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 perlu dibentangk­an semula pada persidanga­n Parlimen baru kelak kerana ia masih belum dibawa ke Dewan Negara dan belum menjadi undang-undang.

Tumpuan minggu pertama persidanga­n Parlimen kali ini tentunya terarah kepada pembentang­an RUU Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 dengan peringkat bacaan pertama dijangka dibentang pada Rabu ini, sementara bacaan kedua pada Jumaat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dijadual membentang­kan inti pati Bajet 2023 pada jam 4 petang

Jumaat ini, bertemakan ‘Memperkuku­h Pemulihan dan Memudah Cara Pembaharua­n ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahter­aan Keluarga Malaysia’.

Mengikut takwim Parlimen, Bajet 2023 itu dijadualka­n dibahas pada peringkat dasar bermula 11 Oktober hingga 26 Oktober ini, sebelum jawapan oleh menteri selama empat hari.

Perbahasan peringkat jawatankua­sa pula akan bermula dari 3 November hingga 23 November sebelum RUU berkenaan diluluskan secara keseluruha­nnya di Dewan Rakyat.

Pada sidang Dewan Rakyat kali ini, RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 menjadi antara tumpuan selepas RUU itu sebelum ini dirujuk ke Jawatankua­sa Pilihan Khas (JPK) Parlimen pada mesyuarat Dewan Rakyat 2 Ogos lalu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yakin RUU itu yang dicadang untuk dibentang bagi bacaan kedua pada mesyuarat kali ini akan menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen.

RUU itu antara lain, bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, disifatkan mengehadka­n kebebasan memilih oleh beberapa Ahli Parlimen selepas ia dibentangk­an pada Julai lalu.

Ia juga menggarisk­an peruntukan bagi pendaftara­n produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklana­n, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

RUU lain turut dibentang kali ini ialah RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022, RUU Pencetakan Teks Al-qur’an (Pindaan) 2022 dan RUU Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (Pindaan) 2022.

Sementara usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantik­an Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sudah ditangguhk­an buat kali keempat turut dinantikan sama ada ia akan dikemukaka­n pada mesyuarat ini atau ditangguhk­an lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia