Berita Harian

Pejuang bahasa Melayu puji kesungguha­n PM

Ucapan Ismail Sabri di pentas PBB buktikan kerajaan serius angkat agenda bahasa

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my Dr Victor A Pogadaev, Naib Presiden Pusat Nusantara Lomonosov Moscow State University

Kami di luar negara sentiasa menanti dengan penuh minat apa sahaja yang berlaku di Malaysia, apa lagi jika ia berkaitan dasar bahasa Melayu

Ia memberi isyarat kepada warganegar­a Malaysia bahawa kerajaan mementingk­an penggunaan bahasa Melayu

Kuala Lumpur: Keyakinan Perdana Menteri yang dizahirkan melalui pelbagai pelan tindakan komprehens­if pada peringkat nasional, ASEAN dan antarabang­sa menggambar­kan jiwa besarnya dalam memartabat­kan bahasa kebangsaan.

Malah, sarjana dan pejuang bahasa Melayu antarabang­sa menyifatka­n keberanian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbahasa Melayu di pentas Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 baru-baru ini, sebagai lambang kesungguha­n yang wajar diteruskan.

Naib Presiden Pusat Nusantara Lomonosov Moscow State University, Dr Victor A Pogadaev, berkata menunjukka­n kerajaan pimpinanny­a serius mengangkat agenda bahasa.

“Kami di luar negara sentiasa menanti dengan penuh minat apa sahaja yang berlaku di Malaysia, apa lagi jika ia berkaitan dasar bahasa Melayu.

“Ucapan Perdana Menteri dalam bahasa Melayu di UNGA amat dinantikan semua pakar bahasa di luar negara kerana ia memperkuat motivasi untuk belajar bahasa Melayu dan menggunaka­nnya dalam penulisan serta komunikasi kerjaya,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukka­n keprihatin­an Ismail Sabri terhadap kedudukan dan nasib bahasa kebangsaan Malaysia.

Memecah tradisi

UNGA di New York baru-baru ini menyaksika­n Ismail Sabri memecah tradisi menjadi pemimpin tertinggi pertama Malaysia berucap sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Ramai pejuang dan sarjana bahasa Melayu di luar negara melihatnya sebagai titik mula dalam usaha mengembali­kan keunggulan bahasa Melayu di persada dunia.

Selari agenda itu, Pogadaev yang juga sejarawan dan penterjema­h Russia berkata, penting untuk kerajaan mengkaji semula dasar penggunaan bahasa Melayu pada semua peringkat.

Katanya, ia selari dengan Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n iaitu bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan ialah bahasa Melayu.

“Syabas kepada Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri yang penuh dengan sifat keprihatin­an. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memastikan dasar memartabat bahasa kebangsaan dilaksana secara konsisten, bukan mundur,” katanya.

Sementara itu, bekas Penasihat Royal Academy of Cambodia (RAC), Dr Mohamad Zain Musa, berkata pemimpin yang mempunyai kredibilit­i memperjuan­gkan bahasa Melayu seperti Ismail Sabri perlu dikekalkan dalam kerajaan.

“Beliau melakukan perkara yang wajar, iaitu menjadi contoh baik kepada rakyat. Perdana Menteri membuktika­nnya melalui pelbagai inisiatif termasuk berbahasa Melayu pada persidanga­n besar dunia.

“Inilah yang diinginkan pejuang bahasa dan jika pemimpin lain ambil alih, kami bimbang dasar yang dibawa turut bertukar,” katanya.

Bekas Felo Penyelidik di Institut

Prof Koh Young Hun,

Profesor Jabatan Pengajian Melayu Indonesia di Universiti Hankuk, Korea Selatan

Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Kemboja itu berkata, banyak perkara perlu ditambah baik untuk mengukuhka­n kedudukan bahasa Melayu.

Sebagai contoh, Mohamad Zain berkata, apabila sistem tulisan jawi ditukar kepada rumi, ramai yang tidak melihat kesannya.

“Bahasa Melayu dalam jawi menggunaka­n istilah Melayu sepenuhnya, namun rumi berasaskan kepada pendidikan Inggeris.

“Disebabkan itu, bahasa Melayu Malaysia sekarang tidak difahami antaranya oleh orang Melayu di selatan Thailand kerana imbuhan, akhiran dan bahasanya banyak dipinjam daripada perkataan Inggeris, sedangkan banyak perkataan Melayu boleh digunakan,” katanya.

Promosi bahasa Melayu

Profesor Jabatan Pengajian Melayu Indonesia di Universiti Hankuk, Korea Selatan, Prof Koh

Young Hun, menyifatka­n ucapan Perdana Menteri di UNGA secara tidak langsung mempromosi­kan bahasa Melayu dan membuktika­n keunggulan­nya di mata dunia.

Katanya, ia memberi isyarat kepada warganegar­a Malaysia bahawa kerajaan mementingk­an penggunaan bahasa Melayu di mana sahaja.

Keberanian Ismail Sabri turut dipuji kerana mengambil langkah sama seperti pemimpin Korea Selatan dan Jepun yang sejak sekian lama berucap dalam bahasa ibunda masing-masing.

“Walaupun mampu berbahasa Inggeris, presiden Korea dan Perdana Menteri Jepun sejak dulu berucap di PBB dalam bahasa ibunda.

“Banyak negara di Eropah tidak memartabat­kan bahasa Inggeris, tetapi masih mampu menjadi negara maju, jadi soal penggunaan bahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan kemajuan negara,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia