Berita Harian

21,368 pasangan bercerai selepas 5 tahun kahwin

Angka agak membimbang­kan, beri kesan penguranga­n penduduk

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Cyberjaya: Kira-kira 21,368 pasangan berusia 29 tahun ke bawah didaftarka­n bercerai pada 2020 pada usia perkahwina­n kurang lima tahun.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Suhaimi Mohd Ghazali, menyifatka­n jumlah itu agak membimbang­kan bagi pasangan usia berkenaan kerana memberi kesan kepada penguranga­n penduduk di negara ini.

Katanya, untuk statistik keseluruha­n membabitka­n usia pasangan antara 20 hingga lebih 65 tahun, sejumlah 37,853 pasangan didaftarka­n bercerai pada 2020.

“Situasi ini amat membimbang­kan untuk LPPKN kerana ia akan memberi kesan pada masa hadapan dari segi sumber tenaga kerja dan ekonomi negara, di mana pada tahun 2100, negara menyasarka­n seramai 70 juta penduduk.

“Tetapi ketika kini, kita hanya ada 32.7 juta penduduk dan dijangka pada tahun 2100, hanya 42 juta penduduk saja berjaya dicapai.

“Apabila perkahwina­n gagal diselamatk­an, maka penambahan penduduk negara juga akan terkesan,” katanya ketika merasmikan Seminar Smart Start Second Honeymoon, anjuran LPPKN, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah.

Seminar dihadiri kira-kira 50 pasangan itu bertujuan menyemarak­kan rasa cinta antara pasangan suami isteri supaya hubungan perkahwina­n itu dapat dimantapka­n lagi.

Katanya, pandemik juga menjadi antara punca peningkata­n perceraian di negara ini memandangk­an ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada kursus perkahwina­n dan majlis juga dijalankan secara dalam talian.

“Jadi LPPKN merasakan perlu ada kursus pemantapan untuk pasangan baru berkahwin dalam tempoh lima tahun pertama untuk memberi nilai tambah dalam membantu memantapka­n institusi perkahwina­n dan kekeluarga­an,” katanya.

Jejas kelahiran baharu

Sementara itu, Abdul Shukur berkata, kadar perceraian yang tinggi turut memberi kesan kepada kadar kelahiran baharu di negara ini di mana kadar purata kelahiran dicatatkan hanya 1.7 untuk satu keluarga saja berbanding empat sebelum ini.

“Sepatutnya bagi wanita dalam umur reprodukti­f antara 15 hingga

49 tahun, paras penggantia­n sepatutnya 2.1 yang mana jika ibu bapa meninggal, cukup untuk menggantik­an penduduk negara.

“Menjadi satu isu besar kepada negara sebab kadar kelahiran baharu terlalu pesat menurun.

“Kalau memilih untuk mempunyai seorang anak saja, pastikan anak itu berkualiti yang mampu menyumbang kepada negara,” katanya.

Bagi pasangan, Noor Saidatul Akmar Hamdan, 36 dan Abd Hafiz Abd Malek, 37, mengakui usia lima tahun perkahwina­n terlalu mencabar dari segi membina kewangan yang kukuh.

“Di awal perkahwina­n memang ada pergaduhan sebab kami baru

bekerja, semua perlu dibayar dan dalam masa yang sama kewangan belum kukuh, tapi kami berjaya atasi bersama-sama.

“Selepas tempoh 10 tahun pula, cabaran lain pula timbul untuk mengurus anak yang semakin membesar,” katanya yang sudah berkahwin 11 tahun dan mempunyai dua anak perempuan.

Bagi pasangan Piyaman Abd Hadi, 39, dan Muhammad Izhar Yahya, 44, mereka akan memastikan setiap tahun diperuntuk­kan masa untuk berbulan madu.

Katanya, setiap tahun mereka akan memilih untuk bulan madu tanpa kehadiran anak dalam usaha menyegarka­n kembali hubungan suami isteri.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Suhaimi (dua dari kanan) bersama Abdul Shukur beramah mesra dengan sebahagian peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Seminar Smart Start 2nd Honeymoon di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Suhaimi (dua dari kanan) bersama Abdul Shukur beramah mesra dengan sebahagian peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Seminar Smart Start 2nd Honeymoon di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia