Berita Harian

‘Jangan turunkan pangkat warga pendidik’

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan mempertimb­ang warga pendidik yang bertugas di pejabat pendidikan daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Kementeria­n Pendidikan (KPM) supaya tidak diturunkan ‘pangkat’ sebagai guru penolong.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata pada ketika ini seperti dimaklumka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob permohonan itu belum diluluskan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Kita berharap pada masa akan datang ia akan diluluskan berikut timbul kebimbanga­n dalam kalangan guru yang akan dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan DG54 secara ‘time based’, tidak fokus kepada kerjaya kerana mereka ibarat daripada Guru Besar ‘turun pangkat’ jadi guru biasa.

“Sepatutnya dengan kenaikan gred, mereka dilantik ke jawatan lebih tinggi. Pada masa sama, kerajaan perlu mengeluark­an belanja tambahan untuk melatih guru biasa yang dilantik

Guru Besar, kerana syarat dilantik jawatan itu atau Pengetua perlu mempunyai sijil selepas menghadiri kursus Program Kelayakan Profesiona­l Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL),” katanya kepada BH, semalam.

Pada masa sama, NUTP sangat menghargai kesudian Ismail Sabri yang menjadi Perdana Menteri pertama hadir ke majlis perhimpuna­n anjuran kesatuan itu.

Semalam, Ismail Sabri memaklumka­n, kerajaan bersetuju gred Guru Besar (khas untuk penyandang) dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah ditingkatk­an sehingga ke gred maksimum DG54.

Isu 2 tahun lalu

Katanya, Guru Besar Gred DG48 tidak diturunkan sebagai Guru Penolong Kanan atau guru biasa di sekolah rendah apabila dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan DG54 secara ‘time based’ Berasaskan Kecemerlan­gan (TTBK).

Aminuddin berkata, isu berkenaan perjawatan membabitka­n warga pendidik selepas dinaikkan gred timbul sejak dua tahun lalu.

Situasi itu mencetuska­n ketidakhar­monian dalam perjawatan di tempat kerja, selain menyebabka­n PPD, JPN dan KPM mengalami kerugian kemahiran dan kepakaran pegawai.

Sementara itu, bekas Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Sukimin Juki, berkata guru sekolah rendah sekian lama dianaktiri­kan kerajaan walaupun memiliki kelulusan, kursus dan lepasan universiti sama, berbanding dengan guru di sekolah menengah.

Isu timbul dua tahun lalukita sudah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatk­an gred jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan kepada gred hakiki yang lebih tinggi.

 ?? ?? Aminuddin Awang
Aminuddin Awang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia