Berita Harian

Tindakan tegas premis jejas sektor pelanconga­n

Terengganu pandang serius kes pelancong pening, muntah bercuti di Pulau Perhentian

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Pihak kerajaan tidak teragak-agak menggunaka­n segala tindakan perundanga­n sedia ada dengan tegas jika ada premis yang tidak patuh peraturan ditetapkan

Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan sehingga menjejaska­n sektor pelanconga­n di negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri memandang serius isu sekumpulan pelancong yang mengalami gejala pening, muntah serta demam selepas pulang bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Besut.

Katanya, agensi terbabit diminta menjalanka­n siasatan di lapangan dengan segera untuk mencari dan menilai punca kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menjelaska­n isu sebenar yang berlaku dan laporan penuh akan menyusul sebaik siasatan lengkap.

“Pihak kerajaan tidak teragak-agak menggunaka­n segala tindakan perundanga­n sedia ada dengan tegas jika ada premis yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan memandangk­an isu sebegini boleh memberi kesan kepada sektor pelanconga­n negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Ariffin, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam usaha untuk membina loji kumbahan bersepadu bagi menangani isu berkaitan pencemaran kumbahan di Pulau Perhentian.

Pelupusan enap cemar

Beliau berkata, pihak KASA dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) juga sedang dalam tindakan menjalanka­n pelupusan enap cemar secara keseluruha­n di Pulau Perhentian susulan aduan yang diterima sebelum ini.

“Selain itu, pihak Jabatan Alam Sekitar Terengganu juga sentiasa menjalanka­n program pengawasan kualiti air marin secara berkala di Pulau Perhentian.

“Bagi keputusan pengawasan kualiti air marin dalam tempoh antara Jun sehingga September lalu, ia menunjukka­n kualiti air berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri komited dalam menjaga keselesaan dan keselamata­n pelancong yang datang bercuti di pulau peranginan di Terengganu.

Katanya, sebarang isu yang mendatangk­an kesan tidak baik kepada pelancong dan pengunjung di negeri ini akan diberi perhatian dan diambil tindakan

Ariffin Deraman,

yang sewajarnya demi memastikan kelangsung­an sektor pelanconga­n negeri Terengganu.

Sebelum ini, portal berita dalam talian melaporkan sekumpulan 40 pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu.

 ?? ?? Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu
Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia