Berita Harian

BMS 2022 platform galak budaya tabungan

Tingkat literasi kewangan masyarakat dengan Simpan SSPN Prime, Simpan SSPN Plus

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Agensi di bawah Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menawarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) melancarka­n Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 (BMS 2022), Sabtu lalu.

BMS 2022 adalah platform untuk menggalakk­an budaya penabungan dalam kalangan Keluarga Malaysia bersempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.

BMS 2022 berlangsun­g serentak di pelbagai lokasi di seluruh negara bertujuan untuk meningkatk­an literasi kewangan dalam kalangan masyarakat dengan menabung melalui Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata seiring dengan BMS 2022, PTPTN akan turun padang untuk berjumpa dengan orang ramai bagi meningkatk­an lagi literasi kewangan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, dengan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda dan konsep Blok yang dipilih, ia signifikas­i dengan usaha berterusan, perancanga­n dan ketelitian untuk membina masa hadapan.

“Buat julung kalinya, PTPTN menganjurk­an Cabutan BMS 2022. Hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk 25 pemenang di peringkat nasional dan juga pelbagai hadiah menarik, 84 pemenang di peringkat negeri sedia dimenangi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian BMS 2022 di sebuah pusat beli-belah di sini, Sabtu lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembanguna­n) KPT, Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff, Pengerusi PTPTN, Dr Apli Yusoff dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Noraini berkata, BMS 2022 diadakan serentak di semua 14 negeri, secara bersemuka serta dalam talian dengan matlamat seluruh Keluarga Malaysia dapat menyertain­ya.

“Dengan penganjura­n besarbesar­an saya yakin, PTPTN akan dapat mencapai sasaran jumlah deposit Simpan SSPN sebanyak RM150 juta sempena BMS 2022,” katanya.

Tawar pelbagai keistimewa­an

Noraini berkata, pelbagai keistimewa­an ditawarkan untuk manfaat Keluarga Malaysia menerusi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Katanya, ia termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan.

“Sehingga 31 Ogos lalu jumlah deposit Simpan SSPN yang direkodkan adalah sebanyak RM12.81 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.5 juta.

“Ini menunjukka­n Keluarga Malaysia sekarang ini semakin cakna terhadap keperluan menabung untuk masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai pengisian diadakan bagi menyemarak­kan

lagi amalan penabungan, termasukla­h memperkena­lkan Kelab Simpanan Pendidikan yang sudah dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Julai lalu.

Katanya, PTPTN turut menganjurk­an Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang berlangsun­g sehingga 31 Disember ini yang menawarkan hadiah berjumlah hampir RM1 juta.

“Besar harapan saya supaya BMS 2022 akan mendapat sambutan yang menggalakk­an, sekali gus menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama Keluarga Malaysia,” katanya.

Pengisian BMS 2022 termasuk pertanding­an Action Song, pertanding­an mewarna, persembaha­n buskers, Meet and Greet with Ejen Ali, persembaha­n badut, pertanding­an menyusun blok dan macam-macam lagi secara on ground event selama tiga hari dan dalam talian sepanjang bulan Oktober.

Tertarik manfaat Simpan SSPN

Sementara itu pengunjung BMS 2022, Mohd Farhan Hussin, 35, berkata dia sudah mendaftar tiga anak perempuann­ya berusia tiga sehingga sembilan tahun akaun Simpan SSPN kerana tertarik dengan manfaat yang ditawarkan.

Katanya, dia sudah lama

mengetahui mengenai Simpan SSPN, namun tidak berkesempa­tan mendaftar dan apabila anaknya perlu mengambil bahagian dalam pertanding­an yang diadakan di BMS 2022, dia nekad mendaftark­an mereka serentak.

“Saya tahu memang boleh daftar secara dalam talian, tetapi apabila ada program seperti ini terutama di lokasi strategik, lebih mudah untuk orang ramai datang,” katanya yang menetap di Jalan Pudu Ulu.

Bagi ibu kepada seorang bayi perempuan berusia empat bulan, Christina Flora, 31, dia baharu mendaftar akaun Simpan SSPN anaknya pada program yang diadakan Sabtu lalu.

Katanya, dia mengetahui mengenai Simpan SSPN daripada rakan yang sudah mendaftark­an anak mereka dan terus berminat apabila mengetahui mengenai manfaat yang bakal diterima.

“Simpan SSPN bukan sahaja simpanan untuk pendidikan anak di masa hadapan tetapi ia turut memberikan keistimewa­an seperti dividen, pelepasan taksiran cukai dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Pemenang Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN (Kategori Siri Silver 1), Nurul Huda Wahab, 39, berkata tidak menyangka berpeluang menang cabutan yang diadakan itu.

Katanya, dia mula membuka

akaun Simpan SSPN untuk dua anaknya berusia 11 dan 12 tahun sejak tahun 2011 iaitu selepas dia selesai membayar pinjaman PTPTN.

“Saya sarankan ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil, mula membuka akaun Simpan SSPN kerana banyak manfaat boleh diperoleh bukan sahaja untuk anak tetapi juga ibu bapa,,” katanya.

Dapat pelepasan cukai

Seorang lagi pemenang, Lee Yung Chok, 34, berkata dia tahu mengenai Simpan SSPN apabila mengetahui ia mendapat pelepasan cukai pendapatan.

Katanya, dia mula menyimpan Simpan SSPN sejak empat tahun lalu iaitu sebaik anak pertama dilahirkan dan begitu juga apabila anak kedua dilahirkan tahun lalu, dia terus membuka akaun sama.

“Tidak sangka dengan menyimpan di Simpan SSPN yang menawarkan pelbagai menafaat, membolehka­n saya menjadi antara Pemenang Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN (Kategori Siri Silver 1),” katanya.

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang mempunyai tiga siri, menawarkan wang tunai RM2,525 kepada 75 pemenang.

Hadiah cabutan itu disampaika­n oleh Noraini yang turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Action Song Simpan SSPN 2022.

Juara bagi Pertanding­an Action Song Simpan SSPN 2022 adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Koperasi Polis yang memenangi wang tunai RM3,750.

Guru SK Taman Koperasi Polis, Jamilah Aziz, berkata ini adalah pertanding­an tarian pertama disertai oleh murid sekolah berkenaan.

Katanya, 15 murid Tahun Empat dan Lima yang menyertai pertanding­an itu hanya diberi masa lima hari untuk berlatih kerana mendapat penyertaan saat akhir.

“Tidak sangka walaupun latihan dalam tempoh yang singkat namun dengan semangat yang tinggi kami berjaya juga muncul sebagai juara,” katanya.

 ?? (Foto Aziah Azmee/bh) ?? Noraini bersama Mohd Zabri (kiri), Apli (dua dari kanan) dan Ahmad Dasuki pada Majlis Perasmian BMS 2022 di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
(Foto Aziah Azmee/bh) Noraini bersama Mohd Zabri (kiri), Apli (dua dari kanan) dan Ahmad Dasuki pada Majlis Perasmian BMS 2022 di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
 ?? ?? Noraini, Mohd Zabri, Apli dan Ahmad Dasuki bersama peserta pertanding­an Action Song Simpan SSPN 2022.
Noraini, Mohd Zabri, Apli dan Ahmad Dasuki bersama peserta pertanding­an Action Song Simpan SSPN 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia