Berita Harian

‘Mereka beriya-iya enggan ke sekolah’

Ibu bapa cerita detik cemas dua anak terkena renjatan dalam kolah

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Dengkil: Seorang daripada dua beradik yang maut terkena renjatan ketika mandi dalam kolah di halaman rumah mereka Jumaat lalu, dikatakan cuba mencapai tuala di ampaian berhampira­n sebelum terkena arus elektrik.

Bapa mereka, Zamri Mohd Ali, 49, sempat membawa Adam Harish, 10 dan Adam Haziq, 9, menunaikan solat Jumaat sebelum kejadian.

Beliau juga ada bersama dua beradik itu dan adik bongsu mereka, Adam Hazreil, 7, yang mandi serta bermain air dalam kolah di halaman rumah.

“Saya kemudian keluar ke kedai berhampira­n dan sebaik pulang tidak lama selepas itu, saya nampak Adam Harish dan Adam Haziq terbaring berhampira­n ampaian serta kolah yang digunakan untuk mandi.

“Ketika saya menyentuh tiang ampaian, memang ada terasa renjatan dan saya cepat-cepat tarik tangan.

“Adam Hazreil memberitah­u, Adam Harish ingin mengambil tuala di ampaian sebelum terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang ampaian yang bersentuh dengan zink bumbung rumah.

“Adam Haziq cuma membantu Adam Harish, tetapi turut terkena renjatan dan kedua-duanya meninggal dunia di halaman rumah kami,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Jeras Tenang di sini, semalam.

Beliau dan isterinya, Syakila Hasan, 35, mempunyai seorang lagi anak iaitu Adam Haikal, 14.

Dalam kejadian petang Jumaat

lalu, Adam Harish dan Adam Haziq yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam kolah di luar kediaman mereka.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran arus wayar Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Cuma keluar ke masjid

Sementara itu, Syakila berkata, dua beradik itu beriya-iya tidak mahu ke sekolah pada Khamis dan Jumaat lalu bagi menjaganya yang kurang sihat.

Beliau yang bekerja sebagai pencari dan penjual barangan terpakai berkata, kedua-dua anaknya itu hanya duduk di rumah bersama keluarga sepanjang dua hari.

“Mereka cuma keluar ke masjid berhampira­n bagi menunaikan solat Jumaat sebelum kejadian di halaman rumah kami pada petangnya,” katanya.

Syakila berkata, Adam Harish yang pandai memasak, juga bersungguh-sungguh menyuruhny­a menjamah cucur tepung yang disediakan­nya Khamis lalu.

Sebelum ke masjid kelmarin, katanya, anak kedua dan ketiga dalam keluarga itu turut meminta bapa mereka menyediaka­n ayam masak merah yang kemudian dinikmati dengan penuh selera.

Pada hari kejadian, Syakila berkata, dua beradik itu memohon kebenaran mandi di halaman rumah bersama adik bongsu mereka.

“Saya sedang berehat dalam rumah selepas solat Asar sebelum mendengar suara Adam Hazreil meminta tolong.

“Saya bergegas keluar dan terkejut melihat dua anak saya terbaring di halaman rumah, tapi saya tidak berani keluar kerana ketika itu air bertakung di tempat mereka mandi.

“Saya risau kalau masih ada arus elektrik mengalir dan memang tidak dapat berbuat apaapa,” katanya.

 ?? (Foto Samadi Ahmad/bh) ?? Syakila dan Zamri menunjukka­n dua kolah yang digunakan Adam Harish (gambar kecil kanan) dan Adam Haziq di Kampung Jeras Tenang.
(Foto Samadi Ahmad/bh) Syakila dan Zamri menunjukka­n dua kolah yang digunakan Adam Harish (gambar kecil kanan) dan Adam Haziq di Kampung Jeras Tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia