Berita Harian

Objek angkasa lepas jadi ancaman baharu

Impak serpihan cetus kerosakan lebih 200 kali ganda daripada saiz sebenar

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penemuan beberapa objek dari angkasa lepas seperti ditemui di Malaysia sejak kebelakang­an ini, didakwa bakal menjadi ancaman nyawa terbaharu kepada manusia, disebabkan impak dicetuskan adalah lebih 200 kali ganda daripada saiz sebenar objek terbabit.

Difahamkan, sekiranya objek yang bersaiz satu sentimeter (cm) dan berkelajua­n 10 kilometer persaat (km/s) jatuh, ia akan memberi impak yang sama dengan objek seberat 250 kilogram (km) dan bergerak selaju 96 kilometer perjam (km/j).

Lebih dahsyat sekiranya objek sebesar 10cm, impaknya adalah sama seperti tenaga yang terhasil oleh 7kg TNT. Letupan yang dihasilkan mampu memusnahka­n sebanyak tujuh biji kereta.

Serpihan roket yang terjadi selepas pelancaran dikesan menjadi bahaya yang tak diundang, kerana pada tahun ini sahaja, ada negara sudah menghantar kira-kira 50 roket ke angkasa, malah negara seperti China tidak menekankan sistem pendoronga­n enjin sekunder iaitu kemampuan untuk mengawal serpihan yang masuk ke atmosfera.

Oleh demikian, serpihan itu akan jatuh di mana-mana dan biasanya, lokasi yang tepat untuk serpihan itu jatuh adalah sekitar sejam selepas berlaku kemasukan semula (re-entry).

Ketika ini juga, jutaan serpihan pelbagai saiz atau sisa buatan manusia seperti sisa bahagian roket dan satelit yang tidak digunakan, ditinggalk­an di angkasa lepas. Ia terapung-apung di angkasa dan menghentam satu sama lain.

Tiada data risiko

Penolong Profesor Jabatan Kejurutera­an Mekanikal dan Aeroangkas­a Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, Dr Muhammad Hanafi Azami, berkata walaupun tidak ada data risiko serpihan akan jatuh ke Malaysia, namun statistik bilanganny­a adalah membimbang­kan.

“Menurut data Agensi Angkasa Eropah (ESA), ada sekurang-kurangnya 36,500 objek serpihan angkasa yang berukuran lebih besar daripada 10cm (4 inci); 1 juta objek antara 1cm hingga 10cm (0.4 hingga 4 inci); dan 130 juta yang besar berukuran 1 mm (.04 inci) hingga 1cm (0.4 inci).”

“Seorang penyelidik University of British Columbia, Michael Byers, pernah menjangkak­an sekitar 10 peratus peluang kemalangan jiwa boleh berlaku dalam masa 10 tahun lagi dengan trend kenaikan kenderaan pelancar tanpa kawalan ketika kemasukan semula.

“Roket buatan China yang jatuh pada tahun 2020 pernah merosakkan rumah di Ivory Coast,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Dr Hanafi menjelaska­n negara barat dan kuasa besar dunia lain ketika ini sedang berlumba-lumba untuk meneroka angkasa lepas, malah ada beberapa negara sudah menghantar puluhan roket pada tahun ini sahaja.

“Negara-negara barat, China, Russia, India, dan negara-negara Arab sedang berlumba-lumba untuk meneroka angkasa lepas. Selepas Amerika Syarikat (AS), China adalah yang kedua paling

rancak melancarka­n roket kerana mereka sedang membina steyen angkasa lepas sendiri bersama Russia.

“Oleh sebab demikian, China kerap menghantar roket mereka seperti bekalan makanan, alat-alat makmal dan struktur-struktur yang besar.

“Mengikut statistik tahun ini sahaja sehingga Ogos 2022, Amerika sudah melancarka­n 50 buah roket, China (30), Russia (11), Eropah (3), dan India (2),” katanya.

Menyentuh mengenai kawalan trajektori roket yang menjadi punca serpihan ini tidak dapat dikawal selepas berlaku kemasukan semula (re-entry), Muhammad Hanafi menyatakan, ia disebabkan kos yang terlalu tinggi untuk pelancaran yang berulang kali.

“Teknologi penggunaan semula ‘booster’ membabitka­n kos yang tinggi untuk pembinaan dan pengujiann­ya. Tambahan pula, saiz ‘payload’ yang dibawanya

agak besar,” katanya.

Katanya, adalah menjadi tanggungja­wab mereka yang membina dan melancarka­n satelit untuk memastikan keselamata­n dan kedaulatan sesebuah negara dijaga dan bukannya sekadar perlumbaan negara mana yang lebih ke hadapan dalam bidang aeroangkas­a.

“Bagaimanap­un, saya ingin tekankan bahawa situasi ini bukan dilihat menerusi China sahaja, sebaliknya negara lain yang turut berlumba untuk ke angkasa lepas. Sesiapa sahaja yang mempunyai kepakaran membina dan melancarka­n satelit seharusnya bertanggun­gjawab atas keselamata­n dan kedaulatan sesebuah negara jika berlaku sebarang kemalangan.

“Perkara ini dapat dielakkan jika terdapat kawal selia oleh pihak berkuasa antarabang­sa yang memastikan permit dan lesen yang diberikan memenuhi piawaian yang dipakai terhadap semua negara,” katanya.

 ?? (Foto Melvin Joni/bh) ?? Serpihan logam yang dijumpai oleh penduduk di Sepupok, Niah di Miri dua bulan lalu.
(Foto Melvin Joni/bh) Serpihan logam yang dijumpai oleh penduduk di Sepupok, Niah di Miri dua bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia