Berita Harian

Simulasi banjir tingkatkan kecekapan kakitangan JKM

-

Balik Pulau: Lebih 200 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sudah bersedia menghadapi situasi bencana termasuk banjir akibat Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November depan.

Pengarah JKM negeri, Zakaria Taib, berkata setakat ini pihaknya sudah membuat persediaan kelengkapa­n dan tenaga sukarelawa­n bagi menghadapi keadaan sebenar.

Katanya, pada masa ini, keseluruha­n 283 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pulau Pinang dikenal pasti bagi menempatka­n 111,000 mangsa.

“Jika berlaku bencana, kesemua kakitangan JKM akan terbabit bagi memberi bantuan kepada mangsa.

“Di Pulau Pinang, memang banyak kejadian banjir kilat dan kita juga perlu bersedia dengan kemungkina­n lain seperti tanah runtuh dan ribut.

“Sebanyak 55 lokasi ‘hotspot’ di negeri ini berpotensi berlaku banjir jika hujan berlaku di luar jangka,” katanya kepada BH, semalam.

Zakaria ditemui ketika menghadiri Program Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana di PPS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh, di sini.

Program yang turut membabitka­n pelbagai agensi termasuk

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) itu turut mengukur tahap kesiapsiag­aan semua yang terbabit terutama kakitangan baharu.

Turut menjadi tumpuan kecekapan kakitangan dari unit kaunselor menenangka­n mangsa terutama kanak-kanak dan wanita hamil.

Tumpu kawasan berisiko

Malah kakitangan terbabit juga berupaya menenangka­n mangsa dengan ‘simptom kurang waras’ yang tidak mahu tinggal di PPS dan bertindak mahu pulang ke rumah.

Menurut Zakaria lagi, simulasi berkenaan berlangsun­g dengan lancar namun ia akan diteliti semula bagi dilakukan penambahba­ikan.

Katanya, di daerah barat daya, terdapat sebanyak 27 PPS yang boleh menampung seramai 5,100 mangsa.

“Tumpuan turut diberi di daerah ini kerana ia dikenal pasti sebagai kawasan paling berisiko bencana banjir.

“Kita ambil pengajaran daripada pengalaman lalu yang mana pernah berlaku banjir di Teluk Bahang, menyebabka­n jalan perhubunga­n terputus,” katanya lagi.

 ?? (Foto Zuhainy Zulkiffli/bh) ?? Sekitar Program Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana di PPS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 di SMK Pondok Upeh, Balik Pulau.
(Foto Zuhainy Zulkiffli/bh) Sekitar Program Simulasi Pengurusan Mangsa Bencana di PPS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 di SMK Pondok Upeh, Balik Pulau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia