Berita Harian

Melaka rekod 88 kes penderaan kanak-kanak

-

Melaka: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 88 kes penderaan berlaku di negeri ini sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Wanita Pembanguna­n Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin, berkata angka itu agak membimbang­kan dan tindakan segera perlu diambil sebagai langkah pencegahan bagi mengelak perkara lebih serius berlaku.

“Berdasarka­n pecahan kes dilaporkan, 51 kes membabitka­n penderaan fizikal dan 37 pula membabitka­n penderaan seksual yang berlaku terhadap kanakkanak.

“Meskipun begitu, tiada kes penderaan membabitka­n emosi dilaporkan kepada JKM untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Membantera­s Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak Peringkat Negeri Melaka di Bachang, dekat sini.

Yang turut hadir, Pengarah

JKM Melaka, Burhanuddi­n Bachik.

Kes makin meningkat

Kalsom berkata, selain di bawah JKM, kes melalui tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membimbang­kan apabila merekodkan peningkata­n kes melebihi 50 peratus.

“Di bawah Akta Kesalahank­esalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 sebanyak 44 kes dilaporkan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

“Untuk tempoh sama tahun lalu, hanya 17 kes dan ini menunjukka­n berlaku peningkata­n melebihi 50 peratus kes yang membabitka­n kanak-kanak,” katanya.

Mengenai pelaku kes terbabit, Kalsom berkata, berdasarka­n laporan bukan sahaja ibu bapa, malah turut membabitka­n saudara mara serta di pihak pusat jagaan.

“Antara faktor dikenal pasti menjadi penyumbang disebabkan gagal mengawal kemarahan dan tekanan emosi sehingga kanak-kanak ini menjadi mangsa,” katanya.

 ?? (Foto Nuraliawat­i Sabri/bh) ?? Kalsom menyampaik­an bahan Kempen Membantera­s Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah.
(Foto Nuraliawat­i Sabri/bh) Kalsom menyampaik­an bahan Kempen Membantera­s Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia