Berita Harian

Teruja jadi ‘mahasiswa sehari’

-

Kuala Lumpur: Kesedaran untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi perlu ditanam dalam diri murid sejak usia masih kecil.

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Langat (SKSL), Banting, Ruslan Lebai Yakub, kesedaran itu disemarakk­an dengan membawa 123 murid Tahun Enam sekolah berkenaan melawat Universiti Malaya (UM) menerusi program ‘Sehari Sebagai Mahasiswa’.

Ruslan berkata, walaupun lawatan itu hanya sehari tetapi rombongan yang turut disertai 17 guru itu berjaya menyemarak­kan rasa keinginan bergelar mahasiswa dalam kalangan murid.

“Dalam lawatan ini juga murid turut diberikan pendedahan awal mengenai bidang kerjaya dan peluang melanjutka­n pengajian apabila mereka tamat pendidikan pada peringkat sekolah menengah.

“Mungkin ada yang merasakan pendedahan ini terlalu awal untuk murid sekolah, namun kami percaya ia mampu menyuntik motivasi kepada mereka untuk belajar dengan gigih.

“Sebagai Sekolah Kluster Kecemerlan­gan STEM dan kesenian, pendedahan awal kepada bidang gunaan seperti kejurutera­an serta koleksi unik di Muzium Seni Asia di UM, amat membantu dalam proses pembelajar­an mereka,” katanya.

Lawatan sehari yang julung kali diadakan SKSL selepas pandemik COVID-19 juga menjadi lawatan murid sekolah pertama diterima oleh UM.

Rombongan SKSL turut dibantu oleh mahasiswa jurusan Geografi dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang tampil sebagai fasilitato­r kepada peserta program.

Tambah semangat

Sementara itu, Dekan Fakulti Seni Kreatif UM, Prof Dr Hanafi Hussin, berkata pihaknya berbesar hati menerima kunjungan dari SKSL apatah lagi proses pembanguna­n generasi muda adalah melalui bidang pendidikan akan memastikan kemajuan masyarakat setempat secara menyeluruh.

“Peluang ini pasti akan menjadi memori indah kepada semua murid terbabit dan menambahka­n semangat mereka untuk belajar di sekolah sebelum dapat menjejakka­n kaki ke universiti satu hari nanti,” katanya.

Program Sehari Bersama Mahasiswa SKSL itu turut disertai Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat Saiful Adli Suhadak dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSL, Prof Madya Dr Rosmadi Fauzi.

 ?? ?? Rombongan murid SKSL mendengar taklimat ketika kunjungan ke Muzium Seni Asia, UM.
Rombongan murid SKSL mendengar taklimat ketika kunjungan ke Muzium Seni Asia, UM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia