Berita Harian

UMP, universiti di Jerman sepakat

Kerjasama bolehkan pelajar bergraduan dengan dua ijazah serentak

- Oleh Muhammad Hafiz Aswad Ahmad Kamal bhpendidik­an@bh.com.my

Kuantan: Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan meneruskan jaringan kerjasaman­ya di Jerman menerusi program dual ijazah dengan kerjasama Mannheim University of Applied Sciences (HSMA), bermula 2023.

Sebelum ini, UMP sudah pun menjalinka­n kerjasama dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) pada 2010 menerusi program Sarjana Muda Kejurutera­an Mekatronik (Kepujian).

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata menerusi kerjasama terbaharu itu UMP dan HSMA bersetuju untuk menawarkan program kejurutera­an perniagaan yang akan dimulakan pada kemasukan akan datang.

“Menerusi program ini, pelajar akan menerima dua ijazah apabila tamat pengajian nanti iaitu Sarjana Muda Perniagaan Kejurutera­an dari Fakulti Pengurusan Industri UMP dan Sarjana Muda Kejurutera­an dan Pengurusan Antarabang­sa dari HSMA,” katanya.

Sebelum ini menerusi kerjasama dengan HKA, UMP menawarkan tiga program iaitu, Sarjana Muda Kejurutera­an Mekatronik (kepujian); Sarjana Muda Kejurutera­an Automotif (kepujian) dan Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrikal (Elektronik) dengan kepujian.

Program pertukaran pelajar

Berdasarka­n pengalaman kerjasama sebelum ini, pelajar akan menuntut sepenuhnya di UMP, namun berpeluang mengikuti program pertukaran pelajar berkredit selama satu semester di HKA dengan syarat tertentu.

Sehingga kini, seramai 400 pelajar sudah menuntut dalam program Sarjana Muda Kejurutera­an Mekatronik (kepujian); Sarjana Muda Kejurutera­an Automotif (kepujian), manakala bagi program Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrikal (Elektronik) dengan pujian ambilan pertama hanya dimulakan tahun ini.

Abdul Aziz berkata, program dual ijazah memberi kelebihan kepada pelajar apabila mereka mampu memperoleh dua ijazah serentak dari dua universiti dalam satu tempoh pengajian sahaja.

“Pelajar juga tidak perlu belajar di Jerman bagi memperoleh ijazah dari rakan kerjasama iaitu HKA,” katanya.

 ?? ?? Dekan Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Prof Madya Dr Hamdan Daniyal (kiri) ketika menandatan­gani MOU dengan Presiden HKA, Dr Ing Frank Artinger (kanan) sambil disaksikan Abdul Aziz (duduk, kiri), baru-baru ini.
Dekan Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Prof Madya Dr Hamdan Daniyal (kiri) ketika menandatan­gani MOU dengan Presiden HKA, Dr Ing Frank Artinger (kanan) sambil disaksikan Abdul Aziz (duduk, kiri), baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia