Berita Harian

Jualan industri automotif dijangka catat rekod baharu

-

Industri automotif tempatan berkemungk­inan mencipta rekod jualan baharu tahun ini dengan jangkaan jumlah keseluruha­n industri (TIV) mencecah 700,000 unit.

Untuk rekod, jualan tertinggi yang pernah dicatatkan industri automotif tempatan adalah pada 2015 dengan TIV 666,674 unit.

Penganalis­is Maybank Investment Bank, Liaw Thong Jung, berkata jangkaan TIV 2022 yang menjangkau­i sasaran termasuk yang dikemukaka­n Persatuan Automotif Malaysia (MAA) iaitu 630,000 unit, dipacu kadar tempahan yang tinggi sejak pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) berakhir pada Jun lalu.

“Jumlah 700,000 unit berada dalam jangkauan kami sekiranya purata jualan bulanan berjumlah 63,200 unit yang dicatatkan pada Oktober hingga Disember ini.

“Kami turut meningkatk­an unjuran jualan tahun ini kepada 650,000 hingga 680,00 unit, sasaran yang lebih optimistik berbanding MAA iaitu 630,000 unit,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Julai lalu, MAA menyemak naik unjuran TIV kepada 630,000 unit berbanding sasaran awal iaitu 600,000 unit.

Menurut MAA, semakan naik TIV tahun ini dilakukan bersandark­an kepada jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang berterusan selepas merekodkan prestasi memberangs­angkan pada suku pertama 2022.

Daripada jumlah unjuran baharu MAA tahun ini, kenderaan penumpang dijangka menyumbang 567,000 unit, manakala kenderaan komersial pula 63,000 unit.

Sasaran TIV 2022 iaitu 630,000 unit adalah lebih tinggi berbanding 508,911 unit yang didaftarka­n pada 2021.

MAA berkata, unjuran angka TIV lebih baik tahun ini juga akan dipacu oleh pengenalan model baharu dan kenderaan elektrik penuh yang ditawarkan pada harga yang berpatutan dan kompetitif yang mendorong minat belian pelanggan.

Mengulas lanjut, Thong Jung berkata, laporan menunjukka­n industri automotif meraih momentum kukuh apabila jualan pada Ogos yang tinggi iaitu 66,600 unit melonjak 38 peratus bulan ke bulan kepada 447,000 unit bagi tempoh setakat lapan bulan tahun ini.

Kesan positif cuti SST

Katanya, jualan bulan yang mengukuh itu disokong oleh kesan positif cuti SST yang menyaksika­n rekod tempahan baharu dicatatkan pada Jun sehingga tempoh ia berakhir pada hujung bulan.

“Dengan baki empat bulan iaitu September hingga Disember, TIV lapan bulan 2022 menyumbang 71 peratus daripada unjiran MAA 630,000 unit.

“Dengan jualan dijangka kekal kukuh sehingga akhir tahun, TIV 2022 boleh menjadi rekod baharu dengan mengandaik­an purata jualan terendah sekitar 55,000 unit sebulan.

“Namun, kami lebih optimistik dengan unjuran 650,000 hingga 680,000 unit. Untuk mencapai angka 700,000 unit, TIV September hingga Disember perlu berada pada purata 63,200 sebulan,” katanya.

Sebelum ini, penganalis­is mendedahka­n tempahan tertunggak yang dimiliki peserta automotif tempatan menawarkan pertumbuha­n perniagaan kukuh sektor berkenaan sehingga ke tahun hadapan.

Penganalis­is MIDF Research, Hafriz Hezry, berkata dengan kebanyakan peserta automotif memiliki tempoh menunggu antara tujuh hingga 12 bulan akan datang, tempahan yang diterima ketika ini menyediaka­n keterlihat­an pendapatan yang baik untuk memasuki tahun 2023.

 ?? ?? Liaw Thong Jung
Liaw Thong Jung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia