Berita Harian

Syor subsidi RM5,000 tukar kereta baharu

Inisiatif wajar dipertimba­ng bagi kenderaan harga di bawah RM60,000

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kerajaan wajar memperkena­lkan subsidi pemilikan sebanyak RM5,000 kepada rakyat sebagai pertukaran kepada kenderaan baharu berharga di bawah RM60,000.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, berkata inisiatif yang boleh dipertimba­ngkan dalam Bajet 2023 itu, bukan sekadar dapat meningkatk­an pemilikan kereta baharu mampu milik, malah mengurangk­an jumlah kenderaan lama di jalan raya.

“Kerajaan juga memperluas­kan insentif kenderaan elektrik (EV) kepada segmen kenderaan hibrid dalam usaha mempercepa­tkan peralihan kepada kenderaan tenaga baharu itu.

“Langkah memperluas­kan insentif kepada kenderaan hibrid elektrik (HEV), kenderaan plug-in hibrid elektrik (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) adalah untuk memaksimum­kan penggunaan yang dilengkapi teknologi baharu dan ciri memelihara alam sekitar,” katanya kepada BH.

Roslan berkata, menerusi Bajet 2023, kerajaan dicadangka­n menyediaka­n geran pembanguna­n untuk program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan pelaburan dalam teknologi automotif baharu khususnya aktiviti yang memacu pertumbuha­n industri.

“Komponen kritikal yang terbabit merangkumi platform kenderaan dan reka bentuk bawah badan. Reka bentuk bahagian atas badan dan pembanguna­n kejurutera­an, serta pembanguna­n tren kuasa termasuk aktiviti integrasi kejurutera­an,” katanya.

Tumpu teknologi baharu

Beliau menjelaska­n, kerajaan wajar melihat kepada teknologi baharu ke arah ketersambu­ngan pintar, pemanduan pintar dan fungsi berkaitan yang mengoptimu­mkan aspek keselamata­n.

“Selaras dengan aspirasi yang termaktub dalam Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), kerajaan perlu melihat kepada aspek reka bentuk Kenderaan Tenaga Baharu dan program pembanguna­n kejurutera­an EV untuk pembuatan tempatan dan kenderaan hibrid, bagi pengedaran di pasaran tempatan dan eksport.

“Program pembanguna­n pendigital­an yang menerapkan teknologi baharu selaras dengan pertumbuha­n Industri 4.0 dalam ekosistem automotif tempatan juga harus dititikber­atkan dalam Bajet 2023, meliputi operasi huluan dan aktiviti perniagaan hiliran,” katanya.

Roslan berkata, peserta industri juga menantikan pengumuman berhubung lanjutan tempoh insentif untuk EV bagi mencapai tempoh mencukupi dalam memangkin perindustr­ian EV di Malaysia dan membangunk­an tahap penggunaan serta pengalaman pengguna kepada EV.

“Saya melihat keperluan melanjutka­n pengecuali­an cukai ke atas EV import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025 berbanding Disember 2023 (Bajet 2022) dan EV pemasangan tempatan (CKD) sehingga Disember 2027 (berbanding Disember 2025 dalam Bajet 2022,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata MAA berharap kerajaan dapat melanjutka­n pengecuali­an cukai EV sehingga 10 tahun lagi dalam mempersiap­kan pasaran ke arah pertumbuha­n segmen kenderaan itu di Malaysia.

“Kami menghargai usaha kerajaan untuk menyokong pasaran EV tetapi menamatkan beberapa insentif semasa pada 2023 adalah terlalu awal.

“Kami memohon lanjutan pengecuali­an cukai import dan eksais sepenuhnya bagi EV CBU sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuha­n EV di Malaysia,” katanya.

Program pembanguna­n pendigital­an yang menerapkan teknologi baharu selaras dengan pertumbuha­n Industri 4.0 dalam ekosistem automotif tempatan juga harus dititikber­at dalam Bajet 2023, meliputi operasi huluan dan aktiviti perniagaan hiliran

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings
Bhd
Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia