Berita Harian

Gesa kerjasama monetari dunia beri keadilan semua

Pertimbang usaha capai matlamat kesejahter­aan ekonomi lebih adil

-

Malaysia menggesa supaya penubuhan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabang­sa perlu dipertimba­ngkan untuk memastikan sistem kewangan yang lebih efektif, saksama, serta mampu mengimbang­i keperluan pembanguna­n sejagat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Malaysia percaya kerjasama dan penyelaras­an monetari antara negara perlu dipertingk­atkan, bagi mencapai matlamat kesejahter­aan ekonomi yang lebih adil untuk semua.

“Satu contoh kerjasama yang pernah dilaksanak­an di peringkat dunia untuk menangani ketidakten­tuan pasaran mata wang antarabang­sa adalah Perjanjian Plaza atau Plaza Accord pada 1985 yang bertujuan untuk menyusutka­n nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap yen Jepun dan mark Jerman, melalui campur tangan di pasaran mata wang antarabang­sa.

“Ini disusuli oleh Perjanjian Louvre pada 1987 yang bertujuan untuk menstabilk­an pasaran mata wang antarabang­sa, dan menghentik­an penurunan berterusan dolar AS berikutan Plaza Accord,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selain itu, kerjasama lain yang pernah dilaksanak­an di peringkat dunia adalah semasa Krisis Kewangan Global 2008 apabila bank Pusat di negara maju bekerjasam­a untuk mengelak krisis kewangan daripada merebak ke serata dunia.

Tengku Zafrul berkata, institusi multilater­al seperti Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), Bank Dunia, Bank Penyelesai­an Antarabang­sa (BIS) dan Pertubuhan Suruhanjay­a Sekuriti Antarabang­sa (IOSCO) juga perlu lebih proaktif dalam membantu negara membangun seperti Malaysia dan lain-lain di rantau ini.

“Negara kuasa besar dunia perlu menggalas tanggungja­wab dengan apa-apa keputusan dasar mereka. Sudah pastinya saya akan menyuaraka­n perkara ini di Mesyuarat Musim Luruh Bank Dunia dan IMF yang akan bersidang pada pertengaha­n Oktober kelak,” katanya.

Tumpu kukuh ekonomi

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan asas ekonomi dan pembaharua­n struktur bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil susulan situasi ringgit berbanding dolar AS yang dialami pada masa ini.

Beliau berkata, seperti yang dinyatakan Bank Dunia baru-baru ini, tiada penyelesai­an yang cepat dan mudah kepada situasi ringgit berbanding dolar AS.

Hakikatnya, Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil yang terbuka tidak terkecuali daripada tempias cabaran yang dihadapi oleh seluruh dunia, katanya.

Beliau berkata, walaupun dunia terus pulih daripada kesan pandemik COVID-19, kini Malaysia berhadapan dengan cabaran baru yang mengakibat­kan prospek ekonomi global bakal mengalami kemeleseta­n.

“Ini adalah berikutan ketegangan geopolitik antara AS dan China yang berterusan, peperangan di Ukraine yang masih tiada kesudahan, ancaman perubahan iklim seperti banjir dan kemarau di beberapa negara yang telah menjejaska­n bekalan makanan serta dasar sifar COVID-19 di China yang terus mengganggu bekalan rantaian dunia.

“Faktor-faktor ini jelas sekali berada di luar kawalan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu bagi mengulas mengenai pelbagai laporan, kebimbanga­n dan pertanyaan yang diaju kepada Kementeria­n Kewangan, terutama berkaitan kedudukan nilai mata wang ringgit dan perkembang­an semasa ekonomi negara.

Tengku Zafrul berkata, apa yang boleh dilakukan kerajaan pada masa ini adalah memberi tumpuan kepada pengukuhan asas ekonomi dan pembaharua­n struktur.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memastikan akaun semasa sentiasa kekal dalam lebihan, didorong eksport yang terus meningkat, dan negara tidak mengalami defisit berkembar, atau twin deficit, katanya.

“Setakat tahun ini, akaun semasa kekal positif dengan jumlah RM3 bilion pada suku pertama, dan RM4.4 bilion pada suku kedua,” katanya.

Pembaharua­n fiskal

Selain itu, kerajaan juga akan memastikan langkah pembaharua­n fiskal diteruskan, termasuk pembentang­an Akta Tanggungja­wab Fiskal menjelang akhir 2022, katanya.

“Kerajaan juga akan mempelbaga­i struktur dan aktiviti ekonomi negara, terutama melalui penekanan terhadap sektor-sektor yang menumpukan aspek-aspek kelestaria­n dan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) serta ekonomi digital.

“Kesemua ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang bakal menawarkan gaji lebih tinggi kepada rakyat,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, justeru, yang penting pada masa ini adalah sistem kewangan negara dan pasaran saham terus berfungsi dengan baik dan teratur.

Sehingga kini, tiada gangguan kepada pengantara­an kewangan, dan aktiviti pinjaman kekal lancar, katanya.

Beliau berkata, selain itu, aktiviti perniagaan juga terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal, selain pasaran saham pula terus menunjukka­n aliran masuk bersih berjumlah RM6.7 bilion daripada pelabur asing dan RM2.3 bilion daripada pelabur runcit.

BERNAMA

Negara kuasa besar dunia perlu menggalas tanggungja­wab dengan apa-apa keputusan dasar mereka. Sudah pastinya saya akan menyuaraka­n perkara ini di Mesyuarat Musim Luruh

Bank Dunia dan IMF

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia