Berita Harian

Chery kembali ke pasaran Malaysia 2023

Syarikat akan laksana pelan pengembang­an tersusun, komprehens­if

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Chery Internatio­nal, pengeluar kereta jenama Chery dan OMODA dari China merancang untuk kembali ke pasaran Malaysia tahun depan dengan pengurusan serta operasi lebih tersusun bagi memastikan bakal pelanggan baharu dan sedia ada terus menikmati perkhidmat­an dan rangkaian produk terbaik.

Naib Presidenny­a, Shawn Xu, berkata buat masa ini syarikat automotif terkemuka China yang berpangkal­an di Wuhu itu memasuki peringkat akhir untuk memuktamad­kan kerjasama dengan syarikat tempatan bagi menubuhkan rangkaian operasi termasuk aspek pengeluara­n, jualan dan perkhidmat­an selepas jualan.

Katanya, buat masa ini, persiapan ke arah 100 peratus lengkap dan syarikat sedang menunggu kelulusan kerajaan bagi merealisas­ikan kemunculan semula Chery ke pasaran Malaysia.

“Apabila Chery kembali ke pasaran Malaysia, kami akan melaksanak­an pelan pengembang­an tersusun dan komprehens­if.

“Seperti perancanga­n, semua produk untuk pasaran Malaysia adalah model pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD). Kami masih melihat potensi untuk jenama Chery berkembang di Malaysia meskipun pasaran ini antara yang paling matang di rantau ini,” katanya dalam satu temu bual secara maya bersama BH.

Yang turut hadir, Pengarah Penjenamaa­n Chery Internatio­nal, Kevin Zhang dan Pengurus Pemasaran Chery Malaysia, Leo Xie.

Pasaran strategik

Xu berkata, sebagai pengeluar kereta paling matang dan paling penting dalam industri automotif ASEAN, Malaysia sentiasa menjadi antara pasaran strategik Chery.

“Pada masa hadapan, Chery akan melaksanak­an pengeluara­n dan CKD, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia, tetapi juga untuk mengekspor­t ke negara lain pada masa hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Xu berkata, Chery bercadang membawa masuk semua model baharu mulai tahun depan dengan kemungkina­n besar kenderaan utiliti sukan (SUV) OMODA 5, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro.

“Chery akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk kembali ke Malaysia kerana kami mahu melakukan yang terbaik bagi memastikan jenama ini kembali mekar di pasaran negara ini,” katanya.

Xu berkata, aspek utama dalam melengkapk­an perancanga­n memasuki semula pasaran Malaysia adalah untuk membina jenama yang lebih teguh, seterusnya meningkatk­an keyakinan rakyat negara ini terhadap produk komprehens­if yang dimiliki Chery.

“Untuk kereta pemanduan sebelah kanan (RHD), empat model iaitu Tiggo 4, Tiggo 7, Tiggo 8 dan OMODA 5 dilancarka­n di Afrika Selatan. Malah, untuk pasaran Indonesia dan Australia juga dilancarka­n tahun lalu.

“Dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kami akan memiliki beberapa model RHD termasuk kereta elektrik dan kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV), yang mana Malaysia juga akan menerima kemasukan model ini berdasarka­n permintaan pasaran. Kami tunggu masa yang sesuai,” katanya.

 ?? ?? Xu (tengah) bersama Xie (kiri), Zhang (dua dari kiri), Pengurus Produk Chery Malaysia, Crisp Hao (dua dari kanan) dan Pengurus Rangkaian Pengedar Chery Malaysia, Siven Zhao selepas sesi temu bual secara maya bersama BH baru-baru ini.
Xu (tengah) bersama Xie (kiri), Zhang (dua dari kiri), Pengurus Produk Chery Malaysia, Crisp Hao (dua dari kanan) dan Pengurus Rangkaian Pengedar Chery Malaysia, Siven Zhao selepas sesi temu bual secara maya bersama BH baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia