Berita Harian

UEM Edgenta perkukuh kedudukan di Arab Saudi

- Edgenta Arabia Ltd (EAL),

anak syarikat milik penuh UEM Edgenta Bhd, memeterai Perjanjian Pembelian Saham (SPA) dengan Mohammed I Alsubeaei & Sons Investment Company (MASIC) untuk pelaburan 60 peratus pegangan ekuiti dan peruntukan pertumbuha­n modal dalam Syarikat Pengurusan Fasiliti (MEEM).

Ditubuhkan pada 2017, MEEM adalah syarikat pengurusan fasiliti tempatan (FM) yang diperkenal­kan oleh MASIC, sebuah syarikat pelaburan terkemuka di Arab Saudi dengan pelaburan yang merangkumi perkhidmat­an kewangan, hartanah dan ekuiti awam serta swasta.

Kemampuan FM MEEM termasuk menyediaka­n perkhidmat­an FM berat dan ringan, perkhidmat­an khusus serta sokongan kepada hartanah komersial, perindustr­ian, pendidikan dan kediaman di KSA, dengan tenaga kerja melebihi 150 pekerja.

Pelaburan tepat

Pengarah Urusan/ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahruniza­m Samsudin, berkata pelaburan sebanyak 60 peratus pegangan dalam MEEM adalah tepat pada masanya selaras dengan perancanga­n syarikat mengukuhka­n kedudukan dalam pertumbuha­n pasaran baharu di Arab Saudi.

“MEEM adalah yang pertama daripada pelbagai peluang kerjasama dan perkongsia­n antara UEM Edgenta dan MASIC, dengan tumpuan kepada Pengurusan

Fasiliti Bersepadu (IFM) dan projek penjagaan kesihatan di mana kelayakan UEM Edgenta yang kukuh boleh digunakan di seluruh pasaran Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASIC, Hani Halawani, berkata pihaknya berbesar hati bekerjasam­a dengan UEM Edgenta dalam industri pengurusan fasiliti Arab Saudi yang berpotensi.

“Kami berharap dapat mengembang­kan kemampuan MEEM di Arab Saudi dengan memanfaatk­an penyelesai­an teknologi UEM Edgenta dalam platform digital dan program kecekapan tenaga serta yakin kerjasama ini akan membawa MEEM ke tahap perkembang­an baharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia