Berita Harian

Dagangan dijangka berhati-hati

Ketidakten­tuan ekonomi global terus pengaruhi sentimen pelabur

-

Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan dengan keadaan berhati-hati minggu ini berikutan ketidakten­tuan ekonomi global terus mempengaru­hi sentimen.

Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks penanda aras mungkin berada dalam aliran berjulat 1,390 hingga 1,410 minggu depan dan pembelian ketika harga rendah diunjurkan berlaku kerana FBM KLCI kekal pada kedudukan terlebih jual.

“Namun, tekanan ke atas saham tempatan dan serantau dijangka berterusan memandangk­an kadar faedah dan hasil bon semakin tinggi. Dari sudut pandang teknikal, sokongan sertamerta dijangka paras 1,380 dan rintangan pada 1,410,” katanya.

Bagi dagangan minggu lalu, Bursa Malaysia mengalami penurunan, seiring dengan pasaran serantau, terutama dengan menjejaki prestasi Wall Street.

FBM KLCI merosot di bawah paras 1,400 pada Khamis ekoran kekurangan sokongan belian.

Kebimbanga­n meningkat

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 30.35 mata kepada 1,394.63 daripada 1,424.98 dalam keadaan kebimbanga­n yang semakin meningkat mengenai kemeleseta­n global.

Indeks FBM Emas turun 220.52 mata kepada 9,976.86; Indeks FBMT

100 susut 204.92 mata kepada 9,728.70; Indeks FBM Emas Shariah menguncup 230.17 mata kepada 10,008.03; FBM ACE turun 108.76 mata kepada 4,657.87 dan FBM 70 kurang 229.98 mata kepada 12,201.81.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n susut 190.95 mata kepada 6,473.76; Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 2.33 mata kepada 169.87; Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 346.12 mata kepada 15,922.45 dan Indeks Tenaga kurang 42.46 mata kepada 670.18.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 10.90 bilion unit bernilai RM9.60 bilion daripada 10.66 bilion unit bernilai RM8.32 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 6.72 bilion saham bernilai RM8.17 bilion daripada 7.02 bilion saham bernilai RM7.06 bilion.

Jumlah waran sebanyak 1.33 bilion unit bernilai RM221.78 juta berbanding 1.13 bilion unit bernilai RM158.78 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula menokok kepada 2.84 bilion saham bernilai RM1.31 bilion daripada 2.52 bilion saham bernilai RM1.10 bilion minggu lepas.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia