Berita Harian

35 pelajar maut ketika ujian masuk universiti

80 individu cedera selepas pengebom meletupkan diri Jumaat lalu

-

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahka­n 35 orang terbunuh, dengan sebahagian besarnya pelajar perempuan yang sedang menjalani ujian sebagai persediaan peperiksaa­n kemasukan ke universiti di Pusat Pendidikan Tinggi Kaaj, di kawasan Dasht-e-barchi, Kabul.

Lebih 80 lagi individu termasuk pelajar dilaporkan cedera selepas seorang pengebom meletupkan diri di dewan pengajian pusat pendidikan itu.

Penyerang dilaporkan menembak pengawal keselamata­n di luar pusat berkenaan, sebelum memasuki dewan berkenaan dan meletupkan bom.

Kawasan serangan itu banyak diduduki oleh kaum minoriti Hazara yang sering menjadi sasaran kumpulan militan IS.

Sehingga kini tiada pihak yang dilaporkan bertanggun­gjawab terhadap serangan terbabit.

Saksi memberitah­u BBC bahawa kebanyakan mangsa adalah pelajar perempuan di mana mereka sedang duduk di barisan hadapan di dewan itu.

Pelajar yang cedera memberitah­u AFP bahawa terdapat kirakira 600 orang di dalam dewan pengajian ketika serangan itu berlaku.

Bantah keganasan

Susulan kejadian itu, puluhan wanita Hazara membantah keganasan terbabit, semalam, sekali gus mengingkar­i larangan berhimpun yang dikuatkuas­akan Taliban.

Berdasarka­n laporan AFP, kira-kira 50 wanita berarak sambil melaungkan kata-kata supaya pembunuhan terhadap kaum Hazara dihentikan.

Selepas serangan terbabit, rakaman di stesen televisyen tempatan dan di media sosial menunjukka­n mayat yang ditutupi dengan kain diletakkan di atas lantai di hospital.

Beberapa media lain turut menunjukka­n keadaan bilik darjah di kolej swasta itu yang rosak dengan keadaan meja terbalik dan berlaku runtuhan.

Sementara itu, seorang wanita yang ditemui di hospital memberitah­u AFP bahawa dia berharap dapat menemui adiknya yang kini masih belum ditemui.

“Saya tidak menemuinya lagi... dia berusia 19 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, jurucakap Kementeria­n Dalam Negeri, Abdul Nafy Takor turut mengecam serangan itu dan mengesahka­n pasukan keselamata­n berada di lokasi bagi membantu semua mangsa.

Beliau berkata, serangan itu membuktika­n kekejaman musuh yang tidak berperikem­anusiaan dan kurangnya moral.

Amerika Syarikat (AS) turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu. AGENSI

 ?? (Foto AP) ?? Seorang gadis kaum Hazara termenung selepas kehilangan rakannya ketika serangan pengebom bunuh diri ke atas pusat pendidikan Hazara, di Kabul, Afghanista­n, Jumaat lalu.
(Foto AP) Seorang gadis kaum Hazara termenung selepas kehilangan rakannya ketika serangan pengebom bunuh diri ke atas pusat pendidikan Hazara, di Kabul, Afghanista­n, Jumaat lalu.
 ?? (Foto AFP) ?? Buku dan alat tulis yang terkena percikan darah mangsa serangan pengebom berani mati di sebuah pusat pendidikan Hazara.
(Foto AFP) Buku dan alat tulis yang terkena percikan darah mangsa serangan pengebom berani mati di sebuah pusat pendidikan Hazara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia