Berita Harian

Ribuan penduduk UK bantah kenaikan kos sara hidup

-

London: Ribuan penduduk di bandar seluruh United Kindom (UK) bertindak mengadakan protes susulan kenaikan kadar elektrik dan gas selain peningkata­n kos sara hidup serta krisis iklim.

Protes itu yang membawa slogan ‘Cukup-cukuplah’ diadakan pada hari kenaikan tarif elektrik dikuatkuas­akan yang menjejaska­n jutaan penduduk di UK.

Orang ramai turut turun di jalanan di bandar utama membabitka­n Birmingham, Glasgow dan Belfast, lapor agensi berita BBC.

Turut menyertai protes itu adalah persatuan berkaitan minyak dan badan revolusi antaranya, Extinction Rebellion (XR) dan Kumpulan Komunis Revolusi (RCG).

Kenaikan gas dan elektrik domestik dilaporkan meningkat sebanyak 80 peratus berbanding musim sejuk sebelum ini walaupun kos itu ditampung sebahagian­nya oleh kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan menyatakan jaminan bekalan tenaganya akan menelan belanja sehingga pound sterling 60 bilion (RM310 bilion) untuk enam bulan pertama, namun penganalis­is industri menjangkak­an jumlah sebenar mungkin antara pound sterling 130 bilion (RM673 bilion) dan pound sterling 150 bilion (RM776 bilion).

Tolak belanjawan mini

Selain kenaikan bil elektrik, protes itu juga diadakan bagi menolak belanjawan mini oleh kerajaan baru-baru ini, merangkumi pakej pemotongan cukai pound sterling 45 bilion (RM233 bilion).

Protes itu turut menyebabka­n Jambatan Westminste­r sesak apabila orang ramai duduk di atas jalan, melaungkan slogan mengenai alam sekitar selain bermain muzik.

Sebahagian daripada mereka turut membawa sepanduk yang menyatakan bahawa kapitalism­e adalah musuh bumi, selain menentang kerajaan.

Seorang penunjuk perasaan yang hanya mahu dikenali sebagai Meg, berkata manusia mulai menerima kesan akibat perubahan iklim dan ia adalah suatu kecemasan di mana lebih ramai orang akan terkorban akibat fenomena itu.

Sementara itu, di Birmingham di mana persidanga­n parti Konservati­f bermula hari ini menyaksika­n penunjuk perasaan membakar kertas yang kononnya bil elektrik mereka sebagai tindak balas terhadap kenaikan kos gas dan elektrik.

AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Orang ramai berarak sepanjang jalan di London bagi membantah kenaikan kos sara hidup.
(Foto AFP) Orang ramai berarak sepanjang jalan di London bagi membantah kenaikan kos sara hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia